GLOBAL Syarikat perbankan gergasi HSBC telah menutup akaun milik badan amal Islamic Relief di United Kingdom (UK).

Ia menjadikan pertubuhan Islam tersebut sebagai kumpulan terbaru yang dihentikan tawaran perkhidmatan kewangan oleh bank berkenaan, lapor Al Jazeera.

Islamic Relief UK dimaklumkan oleh bahawa aktiviti mereka dalam "bidang kuasa berisiko tinggi" dan ia cabaran kepada bank kerana terdapat tekanan daripada pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS).

Menurut kenyataan media badan amal itu, bank tersebut mendapat tekanan daripada pihak berkuasa AS yang ingin menangani pengubahan wang haram.

"Mereka minta kami tamatkan perkhidmatan - yang mana mereka kemudian lakukan sendiri pada akhir tahun apabila kami enggan," kata badan amal itu.

Badan amal yang ditubuhkan di UK dan terlibat dengan usaha kemanusiaan di seluruh dunia.

Jurucakap HSBC pula berkata, bank tersebut tidak boleh memberikan komen kerana mengambil kira kerahsiaan berkaitan pelanggannya.

Bagaimanapun, bank itu berkata mereka tidak pernah membuat keputusan berdasarkan agama atau warna kulit pelanggan mereka.