Majlis Peguam: Enakmen baru hakis hak asasi manusia
Diterbitkan: Jan 8, 2016 11:00 AM | Dikemas kini: Jan 8, 2016 11:51 AM
Presiden Majlis Peguam, Steven Thiru menyatakan kebimbangan terhadap kelulusan tiga undang-undang tahun lalu yang disifatkan akan menghakis hak asasi manusia.
Beliau menyebut mengenai Akta Pencegahan Keganasan, pindaan Akta Hasutan 1948 dan Rang Undang-undang Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang kemungkinan akan menjadi akta tidak lama lagi.
Thiru berkata RUU MKN yang diluluskan pada sesi terakhir Parlimen bukan sahaja tidak m engikut perlembagaan tetapi merampas kuasa Yang di-Pertuan Agong untuk mengisytihar darurat.
Steven juga meminta supaya badan kehakiman terus melindungi hak minoriti di negara ini.
Lihat Komen0
Lapor komen ini
500 aksara lagi


Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.