Pengurusan kes bagi dakwaan hasutan melibatkan Ahli Parlimen DAP Tanjong Ng Wei Aik akan diadakan di Mahkamah Sesyen George Town pada 5 Febuari depan.

Peguam RSN Rayer Ng meminta satu lagi tarikh sebutan lain untuk membuat representasi kepada pejabat peguam negara.

Hakim Mahkamah Sesyen Ibrahim Othman berkata kes itu perlu dibicarakan segera kerana melibatkan kepentingan awam .

Timbalan pendakwa raya Siti Fatimah Talib kemudian menyerahkan semua dokumen berkaitan ke mahkamah.

Ng menghadapi tuduhan di bawah Akta Hasutan 1948 kerana sebuah artikel yang ditulis di sebuah akhbar berbahasa Cina pada Februari tahun lepas kerana menyokong pemimpin de facto PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

[Baca berita penuh]