Najib kian pulih
Diterbitkan: Jan 10, 2016 11:44 AM | Dikemas kini: Jan 10, 2016 11:52 AM
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau kian pulih daripada pembedahan kecil untuk membuang ketumbuhan kecil benigna pada tangan kanannya di Hospital Kuala Lumpur (HKL) semalam.
Dalam mesej tweet hari ini untuk mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong yang mendoakan semoga beliau cepat sembuh, Najib berkata: "Saya kian pulih, terima kasih atas ingatan tuan. Jumpa lagi."
Lee, dalam mesej tweet beliau semalam, mendoakan agar Najib segera sembuh dan gembira apabila mendengar bahawa prosedur itu berjaya dijalankan.
HKL dalam kenyataan semalam berkata Najib menjalani pembedahan sebagai pesakit luar, dan telahpun pulang ke kediamannya.
- Bernama
Lihat Komen0
Lapor komen ini
500 aksara lagi


Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.