Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Zam soal macam mana mahu tangkap kalau kebal
Diterbitkan:  Jan 12, 2016 2:00 PM
Dikemaskini: 7:00 AM

Bekas Menteri Penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin terus membidas skandal bauksit dengan mengulas tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang mula menahan mereka yang bertanggungjawab dengan perlombongan haram secara berleluasa di Kuantan, Pahang.

Dalam tweet terbaru beliau hari ini, beliau menempelak Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin Abu Bakar supaya tidak memberi harapan palsu kepada rakyat bahawa pesalah akan ditangkap.

“Ketua Pemuda Umno Khairy harap main ‘culprit’ dalam isu bauksit akan ditangkap juga. Cakap bolehlah tapi macam mana mahu tangkap kalau kebal belaka.

“Lebih baik bagi Khairy membisu dalam isu bauksit daripada bercakap yang hanya sekadar memberikan harapan palsu kepada rakyat,” kata Zainuddin yang lebih dikenali sebagai Zam.

Sebelum ini, bekas menteri itu menyoal sama ada SPRM hanya berminat untuk memburu 'ikan bilis' dan melepaskan ikan besar.

“SPRM nak buru pegawai atasan pejabat tanah dan syarikat. Kenapa tak cekup yang teratas sekali yang sedang viral dari mulut ke mulut,” katanya tanpa menyebut nama individu berkenaan.

Namun beliau memuat-naikkan gambar Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob yang mengangkat kedua-dua tangan di atas kepalanya.

Zainuddin juga menggesa pemimpin negeri itu supaya berterus terang mengenai isu bauksit.

“Ini gambarkan betapa beratnya dosa bauksit terletak di atas kepala MB. Dia patut dedah kepentingan siapa besar sekali,” katanya.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS