Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Masalah ekonomi keluarga punca pasangan muda bercerai
Diterbitkan:  Jan 29, 2016 6:00 AM
Dikemaskini: Jan 29, 2016 2:29 AM

Isu kewangan dikenal pasti sebagai faktor utama menyebabkan perceraian dalam kalangan pasangan muda di Perak, kata Pengerusi Pertubuhan Ibu Tunggal Kebangsaan Malaysia cawangan Perak Wan Safariah Munsurdin.

Beliau berkata berdasarkan statistik, seramai 35,000 ibu tunggal berdaftar dengan pertubuhan itu dan daripada jumlah berkenaan 30 peratus adalah golongan muda berumur antara 25 dan 35 tahun.

"Kita dapati pasangan bercerai muda ini rata-rata tidak berkemampuan selepas mempunyai anak. Mereka tidak mampu menyara rumah tangga.

"Malah kita dapati ada juga suami jenis panas baran dan apabila pendapatan isi rumah tidak mencukupi... ditambah dengan tekanan menyebabkan mereka melafazkan cerai," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mesyuarat agung tahunan Pertubuhan Ibu Tunggal Kebangsaan Malaysia Parlimen Pasir Salak semalam.

Menurutnya berdasarkan pengalaman dan masalah rumah tangga yang dirujuk, campur tangan keluarga mentua juga mendorong kepada perceraian.

Pada masa sama, Wan Safariah berkata sebanyak 40 peratus atau 14,000 ibu tunggal di Perak berjaya dibawa keluar daripada garis kemiskinan dengan menjana ekonomi sendiri seperti berniaga kecil-kecilan dan penternakan.

"Daripada jumlah itu kira-kira 10 peratus sahaja bergelar usahawan berjaya," katanya.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS