Mahkamah Persekutuan tolak rayuan sembilan tahanan ISA
Mahkamah Persekutuan hari ini menolak rayuan sembilan orang tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang memohon diketepikan keputusan dua Mahkamah Tinggi menolak writ habeas corpus mereka.
Mahkamah Persekutuan hari ini menolak rayuan sembilan orang tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang memohon diketepikan keputusan dua Mahkamah Tinggi menolak writ habeas corpus mereka.
Ketua Hakim Negara Tan Sri Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim yang bersidang bersama Hakim-hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Siti Norma Yaakob dan Datuk Abdul Hamid Mohamad, mendapati hujahan peguam Edmund Bon yang mewakili semua tahanan itu, tidak mempunyai merit.
Menurut Bernama, kesemua tahanan terbabit ditahan kerana disyaki terbabit dengan kumpulan Jemaah Islamiah (JI).
Rayuan pertama dikemukakan oleh Mohd Sha Sarijan, Abdullah Minyak Silam, Nordin Ahmad, Mat Sah Mohd Satray, Abdul Murad Sudin, Abdullah Mohamed Noor dan Shamsuddin Sulaiman manakala rayuan kedua dibuat oleh Ahmad Yani Ismail dan Abdul Samad Shukri Mohamed.
Rayuan mereka ditolak oleh dua Mahkamah Tinggi berasingan tahun lepas yang memutuskan bahawa penahanan mereka adalah sah dan tidak berniat jahat.
Para tahanan itu menamakan Ketua Polis Negara, Menteri Keselamatan Dalam Negeri dan kerajaan sebagai responden dalam permohonan harbeas corpus bagi pembebasan mereka.
Mereka memohon mahkamah mengisytiharkan bahawa pengangkapan mereka mengikut ISA sebagai tidak sah selain perintah supaya mereka tidak ditangkap lagi selepas dibebaskan.

