Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Anwar mahu keluarga pulih hubungan dengan Mahathir'

Bekas Timbalan Ketua Umno Bahagian Batu Kawan, Datuk Khairuddin Abu Hassan mendakwa bahawa bekas ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhasrat untuk memulihkan hubungan antara keluarganya dan bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Khairuddin yang juga sepupu Anwar, mendakwa demikian semasa sesi 'town hall' di Pusat Komuniti Petaling Jaya malam tadi.

Anwar sedang menjalani hukuman penjara lima tahun di penjara Sungai Buloh selepas disabitkan atas tuduhan liwat, dan Khairuddin berkata, mereka bertemu selama 10 minit semasa dia berada di penjara berkaitan dakwaan cubaan mensabotaj ekonomi.

Khairuddin dikenali sebagai sekutu setia Dr Mahathir.

Beliau mendakwa bahawa dalam pertemuan tersebut Anwar memintanya cuba mencari jalan untuk memulihkan hubungan antara keluarga mereka.

Selepas dibebaskan Khairuddin berkata beliau telah bertemu dengan saudara lelaki Anwar untuk menyampaikan mesej tersebut.

Katanya, beliau telah mencuba yang terbaik untuk membawa keluarga Anwar bertemu dengan Dr Mahathir.

Dr Mahathir, katanya, telah bersetuju dengan pertemuan tersebut, tetapi akhirnya ia tidak berlaku.

Apabila bapa Anwar meninggal dunia April lalu, Khairuddin berkata, Dr Mahathir telah menziarahi jenazah allahyarham untuk memberi penghormatan terakhir.

Khairuddin berkata pertemuan yang dicadangkan itu masih belum berlaku kerana isteri Anwar dan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail masih "emosional" tentang situasi tersebut.

Khairuddin berkongsi perkara itu bagi menggesa pengkritik Deklarasi Rakyat mencontohi kesediaan Anwar untuk memaafkan Dr Mahathir dan maju ke hadapan dengan matlamat mereka untuk 'selamatkan Malaysia'.

Anwar, yang muncul membela dirinya di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada hari Selasa, dilaporkan memberitahu Channel News Asia bahawa beliau tidak menyimpan sebarang dendam peribadi terhadap Mahathir atau Najib.

Ketua umum PKR itu juga berkata perjuangannya sekarang ialah mengenai pembaharuan institusi, dan beliau sudah lama memaafkan mereka.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS