KiniTV soroti isu empangan kontroversi di Sarawak
Sarawak sekali lagi berada di bawah pemerhatian sepanjang tempoh pilihan raya negeri ke-11 pada 7 Mei depan.
Sebagai negeri yang terbesar di negara ini, pelbagai isu dijangka mengambil tumpuan utama dalam pilihan raya negeri Sarawak, namun isu berterusan sejak pilihanraya negeri yang lepas adalah projek empangan kontroversi di negeri ini.
KiniTV mengembara di seluruh Sarawak untuk mengetahui apa yang telah berlaku kepada masyarakat yang terjejas oleh empangan Bakun dan Murum, serta meneroka projek empangan terkini di Baram, yang telah menjadi salah satu daripada tajuk perbincangan dalam pilihanraya ini.
Sebagai sebahagian daripada laporan khas, KiniTV mengeluarkan dokumentari pelbagai bahasa mengenai isu itu.
Dokumentari ini mendokumenkan ancaman masyarakat daripada empangan Baram yang dirancang dan harapan mereka - bahawa penggantungan projek itu tidak akan hanya menjadi satu janji pilihanraya.
KiniTV juga menemuramah penduduk kampung yang masih merasakan kesan dua empangan lain di Bakun dan Murum.
Dokumentari itu juga beri gambaran yang lebih besar mengapa Sarawak merancang untuk membina banyak empangan dan persoalan mengenai keperluan pelbagai projek.
Tonton laporan khas KiniNews: The dams damning Sarawak
Ia juga boleh ditonton dalam bahasa Mandarin , sementara versi Bahasa Melayu akan dikeluarkan tidak lama lagi.

