Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
SU politik nafi MB T'ganu batal acara rasmi
Diterbitkan:  Apr 27, 2016 6:33 PM
Dikemaskini: 10:51 AM

Setiausaha politik kepada menteri besar Terengganu menafikan bahawa Ahmad Razif Abd Rahman telah membatalkan semua acara rasminya.

Dr Mohd Rozailan Ibrahim @ Mamat berkata menteri besar akan terus menjalankan tugas-tugas rasmi seperti biasa, lapor Bernama.

"Adalah diharapkan dengan penjelasan ini dapat memberi maklumat yang tepat terhadap pelbagai spekulasi yang tersebar sebelum ini," katanya dalam kenyataan hari ini.

Sebuah akhbar hari ini melaporkan Ahmad Razif membatalkan semua program rasmi yang sepatutnya dihadiri oleh beliau sehingga Sabtu ini.

Sementara itu, Bernama juga melaporkan Ahmad Razif enggan mengulas mengenai kedudukannya setakat ini.

ADUN Seberang Takir itu berkata segala hal berkaitan kedudukannya sebagai menteri besar diserahkan sepenuhnya kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

"Tunggu Yang Amat Berhormat PM (Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak) sendiri (putuskan)," katanya ketika ditemui pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco kerajaan negeri di Wisma Darul Iman hari ini.

Pada Isnin, Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin melucutkan semua darjah kebesaran yang dikurniakan kepada Ahmad Razif berkuat kuasa Jumaat (22 April).

Lihat Komen
ADS