Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Ahmad Shabery sepatutnya menaiki helikopter malang
Diterbitkan:  May 6, 2016 7:00 AM
Dikemaskini: May 6, 2016 3:11 AM

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tadi, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek sepatutnya menaiki helikopter yang dilaporkan hilang semalam, sekiranya rancangan itu tidak diubah pada saat akhir.

Menurut Berita Harian Online pagi ini, Ahmad Shabery berkata beliau sebaliknya telah diminta menaiki helikopter lain bersama Timbalan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Alfred Jabu Numpang.

Jabu meminta menteri itu menyertainya untuk menghadiri satu majlis di Bukit Saban sebelum pulang ke Kuching.

Manakala helikopter yang hilang itu berlepas Spaoh untuk mengambil Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Noriah Kasnon dan beberapa orang yang lain.

"Ketika itu hujan lebat dan selepas berhenti, beliau (Jabu) menaiki helikopter berkenaan di Bukit Saban, Betong," Shabery dilaporkan sebagai berkata

"Tidak lama selepas kami berlepas, keadaan cuaca kembali buruk menyebabkan helikopter yang kami naiki mengalami gangguan beberapa kali," katanya kepada akhbar berkenaan.

Operasi mencari dan menyelamat telah dilancarkan.

Lihat Komen
ADS