Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
DAP negeri dakwa masyarakat Cina S'wak ditipu
Diterbitkan:  May 13, 2016 12:00 PM
Dikemaskini: May 14, 2016 3:12 AM

Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen mendakwa bahawa masyarakat Cina di Sarawak telah "ditipu" kerana Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem tidak melantik timbalan ketua menteri dari kaum Cina .

"Saya rasa masyarakat Cina, terutama sekali pengundi Batu Kawah telah ditipu. Tidak sampai seminggu, dan tentunya, pengkhianatan ke atas pengundi Batu Kawah," Chong memberitahu Malaysiakini.

Borneo Post sebelum ini melaporkan Adenan, semasa berkempen di Batu Kawah pada pilihan raya negeri Sarawak, menawarkan kerusi timbalan ketua menteri dari bangsa Cina jika mereka menyokong SUPP.

Bagaimanapun, selepas pilihan raya, akhbar berbahasa Inggeris memetik Adenan sebagai berkata walaupun beliau gembira undi Cina kembali kepada BN, namun terpulang kepadanya untuk melantik timbalan Cina atau tidak.

Diminta mengulas mengenai barisan kabinet Adenan itu, Chong berkata, tiada apa yang berubah dari zaman ketika Gabenor Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud menerajui pentadbiran negeri.

"Tiada apa yang berubah, cuma satu atau dua muka baru," jelas beliau.

Adenan Satem bagaimanapun menafikan dirinya pernah menjanjikan beliau akan melantik timbalannya berbangsa Cina..

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS