Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Hadi kata 'lebih baik jaga lembu Umno dari babi DAP'?

DAP menuntut Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menjelaskan sama ada benar beliau mengeluarkan kenyataan kasar “babi DAP” terhadap mereka.

Setiausaha agungnya Lim Guan Eng berkata, jika Hadi tidak mengeluarkan kenyataan itu, beliau patut membersihkan namanya dengan menyaman akhbar yang melaporkannya.

“Jika beliau membuat kenyataan itu, ia keterlaluan, kerana perkataan itu kesat terhadap DAP dan masyarakat bukan Islam.

“Kenapa DAP terseret dalam isu ini ketika kita tidak bercadang pun untuk bertanding dalam pilihan raya kecil,” kata ketua menteri Pulau Pinang itu dalam sidang media di Dewan Undangan Negeri (DUN).

 

 

The Star melaporkan Hadi sebagai berkata lebih baik PAS “mengembala lembu Umno daripada babi DAP” dalam mesyuarat khas berkaitan pilihan raya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar di rumahnya di Terengganu.

Artikel berjudul “Crisis in Selangor - PAS may be booted out by state govt” melaporkan Hadi bersedia membenarkan tiga exconya di Selangor dipecat.

Ketiga-tiga exco PAS dikatakan mendapat amaran oleh kerajaan Selangor jika PAS bertegas meletakkan calon di Sungai Besar.

Azmin, yang juga timbalan presiden PKR, dilaporkan mendakwa PKR lebih berpeluang di kawasan-kawasan parlimen di Selangor.

Jika berlaku krisis dan PAS ditendang keluar daripada kerajaan negeri, PKR masih dapat mempertahankan pentadbirannya dengan sokongan 13 ADUN sendiri, DAP (15) dan Parti Amanah Negara (2).

PAS mempunyai 13 kerusi di Selangor, Umno 12 dan bebas dua.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS