‘RUU Hudud bukti PAS putus asa terhadap undi bukan Melayu’
DAP percaya PAS telah berputus asa bagi memikat sokongan bukan Melayu pada pilihan raya berkembar akan datang berhubung keputusannya untuk membentangkan semula rang undang-undang (RUU) persendirian Akta 355 mengenai hukum hudud di Parlimen hari ini.
"Mereka (PAS) percaya bahawa mereka boleh menang pilihan raya kecil ini dengan hanya undi Melayu," kata setiausaha penganjur DAP, Anthony Loke ketika ditemui di lobi Parlimen, petang ini.
Loke ditanya sama ada tindakan oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk membentangkan semula rang undang-undang itu bagi membolehkan hukum hudud dilaksanakan di Kelantan akan memberi kesan kepada parti itu pada pilihanraya parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar yang dijadualkan pada 18 Jun ini.
Loke yang juga adalah ahli parlimen Seremban berkata adalah tidak mungkin bahawa rang undang-undang itu akan dibahaskan di Dewan Rakyat hari ini kerana ia telah disenaraikan sebagai perkara terakhir dalam Kertas Perintah Dewan.
Hari ini juga adalah hari terakhir untuk sesi Dewan Rendah kali ini dan dewan hanya akan bersidang semula pada bulan Oktober.
"Jika ia berjaya ke Dewan (untuk perbahasan hari ini), maka kerajaan menyokongnya," kata Loke.

