Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mempertahankan keputusannya meminda perlembagaan persekutuan supaya undang-undang boleh digubal tanpa persetujuan Yang di-Pertuan Agong pada 1983.

Katanya, ketika itu kerajaan melihat sesetengah Raja-Raja Melayu sebagai bermasalah, tetapi hari ini, kerajaan pula yang bermasalah.

"Ketika itu, kita fikir Raja-Raja akan menjadi masalah kerana kerajaan pada masa itu adalah kerajaan rakyat," kata beliau pada sidang media di Kampung Baru Jerlun, Kuala Kangsar hari ini.

Mahathir disoal wartawan sama ada beliau seharus bertanggungjawap kerana Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) diwartakan tanpa perkenan Yang di-Pertuan Agong.

"Kita fikir sultan akan jadi masalah tetapi bukan sultan yang jadi masalah tetapi perdana menteri yang bertindak di luar batas apabila cuba memerintah negara ini ...," katanya kepada pemberita di Kuala Kangsar.

Mahathir hadir sekali lagi di Kuala Kangsar untuk berkempen membantu calon AMANAH, Dr Ahmad Termizi Ramli.

Beliau disambut mesra oleh kira-kira 500 orang di sebuah kampung baru Cina.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS