Najib janji kongsi kekayaan negara menerusi MyDeposit
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak telah berjanji untuk berkongsi kekayaan kerajaan dengan rakyat berpendapatan rendah dengan memperuntukkan sejumlah RM200 juta daripada program MyDeposit dan untuk program perumahan.
Perkara itu berulang kali ditekankan oleh Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan pada majlis pengagihan dana program MyDeposit kepada kumpulan pertama penerima.
Seramai 40 pembeli rumah daripada 425 pembeli rumah yang layak, menerima RM30,000 sebagai deposit pembelian rumah yang tidak perlu dibayar balik melibat jumlah keseluruhan sebanyak RM1,098,609.
"Ia adalah atas cadangan perdana menteri dan insentif terkini untuk kumpulan berpendapatan rendah dan sederhana untuk memiliki rumah," kata Abdul Rahman ketika ditemui pada majlis itu.
"Inilah yang Najib mahu - inilah bagaimana kita akan berkongsi kekayaan dengan kumpulan berpendapatan rendah," katanya.
Kebanyakan daripada pemohon dana tersebut datangnya dari Selangor dan Pulau Pinang yang diperintah oleh parti pembangkang, selain Kuala Lumpur juga.
Ditanya mengenai perkara itu kemudiannya, Rahman menafikan pemberian dana itu adalah rancangan bagi pilihan raya umum akan datang.

