Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
‘Bertindak sebelum rakyat sambut seruan berdemo Mahathir’

Pakar perlembagaan Profesor Abdul Aziz Bari menggesa Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja Melayu mengambil tindakan segera berikutan saman sivil Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat berkaitan 1MDB.

Jika tidak, katanya, rakyat mungkin mentahut seruan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, yang semalam mencadangkan perhimpunan aman diadakan untuk menuntut peletakan jawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

"Ini adalah masa untuk Agong dan Majlis Raja-Raja mengambil tindakan segera. Jangan hanya mengeluarkan kenyataan sahaja.

"Jika tidak, apa yang dikatakan oleh Mahathir yang menyeru rakyat turun ke jalanan untuk menggesa peletakan jawatan Najib, akan menjadi kenyataan," kata Abdul Aziz kepada pemberita di luar Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, Kuala Lumpur hari ini.

Beliau sebelum itu mengiringi ahli parlimen Segambut, Lim Lip Eng membuat laporan polis terhadap 1MDB.

Semalam, Mahathir telah menyuarakan idea mengenai perhimpunan aman selepas DOJ mengumumkan bahawa ia telah memfailkan tindakan undang-undang sivil untuk merampas aset AS$1 bilion berkaitan apa yang didakwa dicuri daripada dana 1MDB.

Bekas Pengerusi BERSIH, Datuk Ambiga Sreenevasan yang hadir bersama berkata bahawa badan reformasi pilihan raya itu seang mempertimbangkan idea berkenaan.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS