Mahkamah diminta isytihar mesyuarat agung Majlis Peguam batal
Terjemahan Seorang peguam kanan hari ini menfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang antara lain meminta supaya diisytiharkan mesyuarat agung ke-59 Majlis Peguam yang diadakan tanpa korum yang cukup dua minggu lalu sebagai batal dan tidak sah.
Terjemahan Seorang peguam kanan hari ini menfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang antara lain meminta supaya diisytiharkan mesyuarat agung ke-59 Majlis Peguam yang diadakan tanpa korum yang cukup dua minggu lalu sebagai batal dan tidak sah.
Peguam Edward Van Buerle dari Pulau Pinang telah menfailkan saman pemula melalui firma Messr Cheong Wai Meng and Van Buerle di pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi bahagian Rayuan dan Kuasa-kuasa Khas hari ini.
Dengan menamakan Majlis Peguam sebagai defendan Van Buerle yang menjadi peguam sejak 1973 juga memohon supaya dibatalkan kesemua keputusan dan resolusi yang diluluskan oleh 1,152 peguam yang menhadiri mesyuarat tersebut pada 19 Mac lalu.
Mahkamah juga diminta supaya mengisytiharkan bahawa pemilihan pemegang jawatan utama Majlis Peguam dalam mesyuarat yang sama adalah tidak sah dan terbatal.
Sekiranya mahkamah meluluskan permohonannya, Van Buerle memohon supaya ahli Majlis Peguam yang lalu dan ahli yang baru dilantik, supaya memanggil satu mesyuarat agung bagi tahun 2005 dalam tempoh 30 hari daripada tarikh mahkamah mengeluarkan perintah itu.
Beliau juga meminta meminta mahkamah supaya tidak membuat sebarang perintah berhubung kos permohonan itu, selain daripada yang difikirkan sesuai oleh pihak mahkamah.
Van Buerle, 55, adalah salah seorang daripada sekumpulan peguam kanan yang bertindak keluar daripada mesyuarat agung tersebut kerana membantah keputusan majlis itu untuk meneruskan mesyuarat walaupun tidak mempunyai korum satu perlima kehadiran ahli sepertimana yang diperlukan.
Ini bermakna sekurang-kurangnya 2,340 peguam dari sejumpah 11,700 orang dari Semenanjung Malaysia perlu hadir bagi mencukup korum tersebut.
Korum satu perlima
Sementara itu, Presiden Majlis Peguam yang baru, Yeoh Yang Poh memberitahu malaysiakini bahawa saman tersebut tidak akan menjejaskan fungsi majlis itu.
"Ia akan berjalan seperti biasa. Ini bukan sesuatu yang luar biasa...jika timbul pertikaian, mana-mana ahli boleh membawanya ke mahkamah. Kami kemudian akan mengemukakan kes kami dan mahkamah akan membuat keputusan," katanya ketika dihubungi.
Katanya, pihak majlis akan mempertahankan pendiriannya bahawa korum satu perlima tidak diperlukan untuk mengadakan mesyuarat agung.
Yeoh juga tidak bersetuju dengan pendapat bahawa tindakan mahkamah akan menimbulkan perpecahan di kalangan peguam.
Malah, katanya, tidak kira apa juga keputusan pihak mahkamah, beliau percaya apa yang berlaku itu akan membuat Majlis Peguam menjadi lebih kukuh lagi.
Dalam afidavitnya, Van Buerlu menegaskan Seksyen 67 (1) Akta Profesion Undang-Undang 1976 menyatakan satu korum, iaitu satu perlima daripada jumlah ahli Majlis Peguam, adalah perlu untuk menjalankan mesyuarat agung tahunan.
"Memandangkan mesyuarat tersebut (yang ke-59 pada 19 Mac 2005) diadakan tanpa korum, maka ianya adalah tidak sah.
Pada mesyuarat agung tahunan yang diadakan di Hotel Nikko, hanya 1,152 daripada 11,755 anggota Majlis Peguam, hadir.


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.