MB S'gor bimbang peningkatan ketegangan antara rakyat
Terjemahan Selangor Menteri Besar Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo memandang berat "peningkatan ketegangan" di kalangan rakyat ketika mereka menyertai perdebatan mengenai perkara-perkara yang membabitkan soal antara agama.
Terjemahan Selangor Menteri Besar Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo memandang berat "peningkatan ketegangan" di kalangan rakyat ketika mereka menyertai perdebatan mengenai perkara-perkara yang membabitkan soal antara agama.
Katanya, beliau bimbang dengan keadaan itu berikutan perdebatan mengenai isu-isu antara agama itu, sebahagian besarnya didasarkan kepada hak asasi manusia dan hak-hak individu.
Bercakap kepada pemberita selepas mendengar taklimat Suhakam di Shah Alam semalam, beliau berkata aduan yang bersifat peribadi seperti gangguan haiwan peliharaan jiran semakin meningkat manakala isu yang membabitkan kepentingan awam semakin berkurangan.
Sambil menyifat aliran sikap bertolak kini "semakin membimbangkan", Menteri Besar itu berkata, adalah penting untuk mengambilkira sama hak asasi manusia dan hak majoriti rakyat.
"Saya mendapati sifat tolak ansur di kalangan belia dan penduduk di Selangor sudah sampai ke tahap yang membimbangkan. Mungkin ianya disebabkan oleh kemewahan dan gaya hidup moden.
"Kita mesti mengambilkira sensitiviti orang lain apabila membincang hak asasi manusia, yang pada saya perlu ditangani dengan berhati-hati. Sensitiviti adalah amat penting dalam negara perlbagai kaum seperti kita," katanya.
Untuk menangani keadaan ini, Mohd Khir berkata, Selangor telah memulakan program yang membabitkan parti-parti politik, badan bukan kerajaan dan badan-badan kemasyarakatan. Antara program tersebut ialah menganjurkan aktiviti sukan dan skim Rukun Tetangga.
"Semua pihak berkuasa tempatan telahpun diarahkan supaya melantik pegawai kaunselor bagi menangani aduan-aduan mengenai kejiranan," katanya.
Hak-hak asasi
Selangor merupakan negeri pertama dalam senarai lawatan Suhakam ke seluruh negara untuk menjelaskan peranannya dalam mempromosi kefahaman mengenai hak asasi manusia bagi merapatkan hubungan antara rakyat dan kerajaan.
Kira-kira 100 kakitangan kerajaan negeri, Dewan Undangan Negeri, badan bukan kerajaan, pihak berkuasa tempatan dan badan-badan masyarakat, menghadiri taklimat Suhakam tersebut.
Sebelum itu, dalam ucapannya, Mohd Khir berkata, Selangor kini di peringkat menentukan sama ada kemajuan pesat boleh memberi manfaat kepada setiap penduduk.
Katanya, ia merupakan usaha untuk memastikan setiap penduduk di Selangor menikmati hak-hak asasi mereka, dan bukan hanya berasaskan kepada teori dan retorik sahaja.
Untuk itu, katanya, kerajaan negeri sedang berusaha untuk merapatkan jurang pendapatan di antara penduduk bandar dan luar bandar serta di antara bumiputera dan bukan bumiputera.
Kegagalan untuk mencapai matlamat tersebut, katanya, akan membawa kepada ketidakstabilan sosial yang seterusnya akan menghakis hak asasi manusia.
Kemiskinan adalah ancaman, termasuk kepada hak asasi manusia, kerana individu dihalang daripada mendapatkan hak asasi mereka, katanya.
"Kita mencuba mengatasinya melalui dasar-dasar setinggan sifar dan kemiskinan tegar sifar di mana rakyat terbabit akan ditempatkan semula di kawasan baru perumahan yang lengkap dengan kemudahan asas. Kita tidak harus melihat hak asasi itu hanya sebagai satu masalah perundangan, tetapi sebagai masalah sosio-ekonomi," katanya.
Isu-isu penting
Sewaktu sesi soal-jawab, perkara-perkara yang dibangkit adalah berkaitan dengan hak jiran, kes-kes kematian dalam tahanan polis dan hak pekerja asing tanpa dokumen yang sah.
Presiden Alumni Kolej Islam Malaya Abd Manaf Ahmad bertanya sama ada wujud percanggahan di antara undang-undang Malaysia dan Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat (UDHR) mengenai kedudukan agama Islam dalam Perlembagaan Persekutuan.
Katanya, skop UDHR yang "luas dan tiada batasan" merupakan tajuk pendebatan utama di kalangan negara-negara Arab dan Islam.
"Dalam Islam, ada kebebasan tetapi kebebasan itu ada batasannya, misalnya lelaki dan perempuan yang mencari kebebasan mutlak. Di sinilah Islam menyediakan garispanduan mengenai hak asasi manusia," katanya.
Abd Manaf berpendapat kemungkinan kerajaan keberatan untuk menandatangani perjanjian antarabangsa tertentu adalah bagi mengelak konflik atau disebabkan kurang kefahaman mengenai kedua-dua instrumen perundangan itu.
Sambil menyebut Perkara 29 dalam UDHR, Pengerusi Suhakam Tan Sri Abu Talib Othman pula berkata, semua hak adalah seimbang apabila mengambilkira hak asasi manusia dan undang-undang antarabangsa.
"Hak individu diimbangi dengan kepentingan negara dan selagi undang-undang negara itu terikat pada Perlembagaan Persekutuan, maka tidak wujud percanggahan," katanya.
Berhubung soalan mengenai hak pemilik anjing berdasarkan kepada kes terbaru di mana seorang kanak-kanak cedera diserang tiga ekor anjing, beliau berkata, ia bergantung kepada "semangat kejiranan, undang-undang sedia ada dan pihak berkuasa tempatan".
"Peranan Suhakam adalah untuk membantu menggubal atau meminda undang-undang selaras dengan perubahan masa dan tiada apa yang menghalang mangsa seumpama itu daripada mengambil tindakan undang-undang," katanya.
Ketika ditanya mengenai hak kanak-kanak mendapatkan pendidikan percuma tanpa mengira kerakyatan mereka, Abu Talib berpusing ke arah Mohd Khir dan meminta kjasa baiknya selaku Menteri dalam parti pemerintah supaya mendesak menteri pelajaran melaksanakan dasar yang fleksibel mengenai kemasukan pelajar ke sekolah.
Seorang pegawai daerah turut membangkitkan soalah kelewatan di mahkamah yang menurutnya telah menafikan hak-hak asasi manusia terhadap mereka yang terbabit.
Sehubungan itu, Abu Talib berkata forum dua hari akan diadakan mulai Khamis ini bagi membincangkan masalah berhubung kelewatan pihak mahkamah dan cara mengatasinya.
Turut hadir di majlis taklimat tersebut ialah beberapa pesuruhjaya Suhakam, Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor Datuk Onn Ismail dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ramlan Othman.


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.