ADUN Kepayan keluar parti hanya 'khabar angin'
Diterbitkan: Aug 1, 2016 10:57 PM | Dikemas kini: Aug 1, 2016 11:02 PM
Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kepayan Dr Edwin Bosi menafikan beliau akan meninggalkan DAP dan menyertai parti lain.
“Ini hanya khabar angin,” katanya melalui pesanan teks kepada Malaysiakini.
Cakap-cakap menyebut beliau akan keluar DAP untuk menyertai Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) atau Parti Bersatu Sabah (PBS).
Bosi, yang baru sepenggal menjadi ADUN, menang di Kepayan dalam pilihan raya umum lalu dengan majoriti 7,287 undi.
Beliau pernah berkhidmat sebagai setiausaha DAP negeri sebelum kecundang dalam pemilihan parti tahun lepas.
Lihat Komen0
Lapor komen ini
500 aksara lagi


Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.