6 ditahan kerana rancang serang Singapura
Enam rakyat Indonesia ditangkap di Pulau Batam pada Jumaat kerana merancang serangan terhadap Singapura, kata jurucakap polis Indonesia.
Agus Rianto memberitahu pemberita, maklumat setakat ini mendapati mereka merancang menyerang kawasan sibuk, termasuk pegawai polis.
“Kita juga mendapat maklumat suspek-supek ini bersama seorang pengganas IS di Syria merancang menyerang Singapura melalui Batam,” katanya seperti dilaporkan Reuters.
Keenam-enam mereka dikaitkan dengan rakyat Indonesia yang berjuang untuk IS di Syria, Bahrun Naim.
Naib dipercayai antara yang terlibat dalam serangan pada Januri lalu di Jakarta Pusat, yang mengorbankan lapan orang, termasuk empat penyerang.
Batam sebuah pulau yang amat dekat dengan Singapura di bahagian selatannya.

