Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
'Tuduhan campur tangan asing oleh MB Kedah tak berasas'
Diterbitkan:  Aug 16, 2016 11:11 AM
Dikemaskini: 3:37 AM

Ahli Parlimen Alor Setar Gooi Hsiao Leung membidas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah kerana mendakwa negara asing campur tangan dalam pentadbiran Malaysia untuk menjatuhkan pemimpin di negara ini.

"Apa campur tangan asing yang dirujuk oleh Ahmad Bashah untuk melemahkan kerajaan dan pemimpinnya.

"Dia tidak boleh hanya membuat tuduhan kosong dan tidak berasas tanpa fakta," kata Gooi, yang juga timbalan pengerusi PKR Kedah.

Ahmad Bashah semalam berkata, negara asing yang cuba campur tangan dalam urusan dan pentadbiran negara dilihat sebagai satu daripada agenda tersirat untuk menjatuhkan pemimpin negara.

"Rakyat perlu melihat perkara ini kerana banyak tuduhan yang dibawa oleh negara luar hanya berniat untuk menjatuhkan pemimpin," katanya dipetik Bernama.

Gooi bertanya sekiranya menteri besar Kedah itu merujuk kepada tindakan undang-undang oleh Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (DOJ) untuk merampas AS$1 bilion aset yang dibeli dengan "wang yang dicuri" daripada 1MDB.

Beliau juga mempersoalkan jika dakwaan Bashah adalah pengakuan bahawa Malaysian Official 1 yang disebut dalam dokumen mahkamah DOJ adalah tidak lain Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

DOJ mendakwa AS$ 681 juta dana 1MDB berada dalam akaun bank MO1.

Gooi berkata siasatan jenayah tersebut sedang berlangsung di sekurang-kurangnya 10 buah negara, termasuk Amerika Syarikat melibatkan undang-undang pengubahan wang haram dan perbankan.

Justeru katanya siasatan tersebut bukan merupakan campur tangan dalam hal ehwal negara Malaysia.

"Malah, negara kita perlu mengucapkan terima kasih dan mengalu-alukan siasatan asing dalam membongkar konspirasi besar untuk menipu dan mencuri dari negara kita.

"Di mana agensi-agensi penguatkuasaan kita sendiri harus lakukannya, tetapi sama sekali gagal untuk menyiasat dan mendakwa mereka yang bertanggungjawab terhadap jenayah yang dilakukan," kata anggota majlis tertinggi PKR itu.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS