Zaid saran BERSIH selamatkan Anwar bukan fokus kepada 1MDB
Perhimpunan BERSIH akan datang harus memberi fokus bagi membebaskan pemimpin pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dari penjara, dan bukannya kepada 1MDB, kata bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim.
"Saya fikir hanya satu isu yang mampu mencetuskan sokongan, ialah membebaskan Anwar Ibrahim dari penjara.
"Ini ujian baik untuk sokongan popular dan, juga, Anwar telah banyak menderita.
"Sudah sampai masanya untuk kita cuba dan lihat sama ada kompas moral kita adalah benar-benar terbalik atau jika masih terdapat sedikit harapan," kata Zaid dalam blog post hari ini.
Beliau berkata, BERSIH perlu meneruskan rancangan untuk berhimpun, tetapi tidak meletakkan tumpuan mereka kepada 1MDB.
Ini adalah kerana, katanya, isu 1MDB tidak boleh menarik sokongan yang secukupnya di Malaysia, walaupun negara lain berfikiran sebaliknya, kerana Malaysia mempunyai tahap toleransi yang tinggi terhadap rasuah.

