Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Tuduhan OSA: Mahkamah perintah Rafizi bela diri

Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur hari ini memerintahkan Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli untuk membela diri atas tuduhan di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA).

"Pandangan saya pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie," kata hakim mahkamah sesyen, Zulkarnain Hassan.

Antara alasan yang diberikan adalah bahawa Rafizi terbukti mempunyai dan mendedahkan laporan pengauditan di halaman 98 mengenai siasatan ke atas 1MDB yang masih diklasifikasikan di bawah OSA.

"Berdasarkan kepada posting di laman web Rafizi, laman Facebook beliau serta (laporan) unit forensik komputer Bukit Aman; mahkamah telah meneliti laman web Rafizi dan adalah jelas bahawa beliau menyatakan serta melampirkan halaman laporan audit 1MDB yang masih belum dibentangkan.

"Terdapat juga sidang media pada 24 Mac dan ini telah direkodkan dan rakaman video itu dimainkan di mahkamah," kata hakim Zulkarnain.

Rafizi menghadapi dua pertuduhan di bawah OSA kerana mendedahkan dokumen sulit yang kononnya mengaitkan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dengan 1MDB di lobi Parlimen pada 24 Mac lalu.

Beliau didakwa mengikut Seksyen 8 (1) (c) (iii) akta berkenaan yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun, jika sabit kesalahan.

Rafizi juga didakwa mengikut Seksyen 8 (1) (c) (iv) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara tujuh tahun maksimum, jika sabit kesalahan.

Mengulas lanjut mengenai sidang akhbar yang diadakan pada 24 Mac lalu, hakim berkata Rafizi telah dicatatkan sebagai mengakui bahawa dokumen itu adalah jelas di bawah OSA.

Zulkarnain kemudiannya menetapkan 27 September ini untuk kenyataan pembelaan dan 6 dan 7 Oktober sebagai tarikh perbicaraan.

Bercakap kepada pemberita selepas itu, Rafizi berkata beliau akan mengeluarkan kenyataan berhubung kesnya itu.

 

Lihat Komen
ADS