Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Pengarah pertahankan Leonard DiCaprio
Diterbitkan:  Sep 13, 2016 3:59 PM
Dikemaskini: 8:09 AM

Fisher Stevens yang mengarahkan filem dokumentari terbitan Leonardo DiCaprio Before The Flood, mempertahankan pelakon yang memenangi anugerah itu susulan kemelut 1MDB.

"Lelaki ini cuba untuk berbuat baik. Okay, jadi dia mempunyai watak buruk di situ kerana menderma sedikit wang.

"Apa yang beliau (DiCaprio) tahu? Leo tidak melakukan sebarang kesalahan," katanya kepada The Hollywood Reporter.

Walaupun Stevens tidak menyebut nama, dipercayai beliau merujuk kepada ahli perniagaan kelahiran Malaysia Jho Low yang dikatakan rapat dengan pelakon itu.

Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat menamakan Low dan anak tiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Riza Aziz yang didakwa menyalahgunakan dana 1MDB.

Riza adalah pengasas bersama Red Granite, yang dikatakan menghasilkan filem dibintangi DiCaprio, Wolf of Wall Street. Red Granite bagaimanapun menafikan dakwaan ini.

DiCaprio juga disebut di dalam fail mahkamah, dengan DOJ menamakan beliau sebagai "Hollywood Actor 1", yang didakwa berjudi di kasino Venetian Las Vegas pada tahun 2012 bersama Low, Riza dan Joey McFarland, pengasas Red Granite Pictures.

Ia mendakwa AS $ 1.15 juta dana berkaitan 1MDB dikeluarkan dalam satu hari dan DiCaprio menyaksikan beberapa perjudian daripada wang yang digelapkan.

Pelakon itu juga didakwa menerima sumbangan yang berasal daripada 1MDB untuk badan amal beliau, Yayasan Leonardo DiCaprio.

Berikutan itu, terdapat gesaan supaya pelakon itu mengembalikan wang yang diterimanya

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS