Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Guan Eng ke mahkamah untuk sebutan kes rasuah
Diterbitkan:  Sep 30, 2016 9:04 AM
Dikemaskini: 5:18 AM

Hari ini, sebutan dua kes tuduhan rasuah terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng akan akan berlangsung di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang.

Malaysiakini membawa laporan langsung mengenainya untuk tatapan anda.

11.15am: pada sidang medianya, Lim berkata beliau akan menyerahkan kepada peguamnya untuk membuktikan dirinya tidak bersalah.

Beliau seterusnya membidas Umno dan BN kerana helah kotor mereka.

"Dengan bermain silap mata, mereka boleh menukarkan warna hitam kepada putih dan putih menjadi warna hitam.

"Mereka boleh membuat jutaan ringgit hilang dan (kemudian) muncul semula di dalam akaun bank peribadi seseorang," kata Lim.

Menurutnya, rakyat tidak lagi menaruh harapan kepada taktik politik seumpama ini.

"Ini amat tidak profesional. Jika orang mahu silap mata, mereka lebih suka ahli silap mata profesional," katanya secara sinis.

Menurut Lim, DAP dan kerajaan Pulau Pinang akan terus memberi tumpuan bagi menghapuskan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) sebanyak enam peratus yang membebankan rakyat.

10.45am: Mahkamah ditangguhkan dan penyokong DAP bergerak ke Dewan Perbandaran Pulau Pinang di mana sidang akhbar dijadual diadakan.

10.30am: Hakim Hadhariah mengambil tempatnyaPeguam utama pembelaan Gobind Singh Deo meminta tarikh untuk sebutan kedua.

"Kami telah serahkan CD yang mengandungi pelbagai dokumen, kira-kira 13,000 muka surat.

"Masalahnya, tidak ada pengindeksan dan beberapa halaman tidak jelas.

"Pejabat ini mesti membuat indeks bagi semua item untuk memastikan semua pihak dalam kes ini merujuk dokumen yang sama apabila ia ditimbulkan di mahkamah," kata Gobind.

Timbalan Pendakwa Raya Masri Mohd Daud bersetuju dengan permohonan Gobind untuk mendapatkan tarikh yang lain.

Hadhariah berkata, beliau mahu melihat perbicaraan bermula dengan lancar dan dijalankan dengan cepat dan teratur.

Beliau kemudiannnya menetapkan 6 Disember, jam 9 pagi sebagai sebutan kedua di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang.

Beliau juga mengarahkan kedua-dua pihak supaya memastikan bahawa 30 jilid dokumen berkenaan diindeks dengan betul.

"Saya bersedia untuk memberi dua bulan untuk melakukan ini.

"Pastikan setiap bundle dan kandungannya mempunyai nombor muka surat. Pastikan tidak ada muka surat yang hilang," katanya.

Kedua-dua Lim dan Phang tidak perlu berada di mahkamah pada 6 Disember nanti.

9.30am: Peguam Lim - Ramkarpal Singh  tiba. Beliau berkata, hakim Hadhariah Syed Ismail akan menetapkan tarikh untuk perbicaraan.

"Perbicaraan bermungkinan akan bermula tahun ini," katanya.

Ramkarpal berkata pasukan peguambela menerima dokumen setebal 12,000 muka surat dari pihak pendakwa semalam.

Lim, yang diiringi isterinya, Chew, memasuki dewan mahkamah dan berjabat tangan dengan Phang. Mahkamah mula dibanjiri dengan pegawai cawangan khas, wartawan dan pemimpin Pakatan Harapan.

Juga kelihatan pemimpin veteran DAP yang juga ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang dan isterinya duduk ketika polis cuba menghalang wartawan mengambil foto.

9.15am: Lim tiba di mahkamah dengan penyokongnya melaungkan "sokong Lim" manakala pengkritiknya membalas dengan laungan "rasuah".

9am: Selepas reda sekejab, jeritan berlaku semula dengan penyokong DAP membawa kain rentang besar sebagai solidariti dan sokongan untuk Guan Eng. Kedua-dua kumpulan mengejek satu sama lain dengan pihak polis mengawal keadaan.

8.50am: Sekumpulan kaum India sambil membawa sepanduk, menyertai kumpulan anti-DAP untuk membantah terhadap kerajaan negeri berhubung isu tanah di Batu Kawan.

Keadaan bising jeritan antara penyokong DAP dan anti-DAP berlaku manaaa polis cuba menenangkan kedua kumpulan itu. Turut kelihatan ialah OCPD Daerah Timur Laut Meor Faridaltrash Wahid.

8.30am: Wartawan tidak dibenarkan masuk ke mahkamah sehingga jam 9.30 pagi. Kira-kira 100 penyokong telah berkumpul di luar sepanjang Light Street.

Lim, yang juga Setiausaha Agung DAP, belum tiba lagi.
 

[Baca berita lanjut]

 

Lihat Komen
ADS