Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Racun dalam makanan tengah hari, ketua IS sakit teruk
Diterbitkan:  Oct 6, 2016 3:48 PM
Dikemaskini: 9:16 AM

GLOBAL Ketua kumpulan bersenjata IS Abu Bakr al-Baghdadi dan tiga lagi pembantu kanannya dilapor sakit teruk selepas diracun semasa makan tengah hari, Ahad lalu.

Mereka dilapor dipindahkan ke tempat tidak diketahui bawah kawalan ketat, lapor Bernama yang memetik beberapa dakwaan dalam laporan media berkaitan perkara itu.

The Press Trust of India (PTI) melaporkan hidangan itu didakwa diracun di Nineveh’s Be’aaj, sebuah daerah di Iraq.

Memetik sumber, agensi berita Iraq WAA melaporkan, keempat-empat mereka kini menderita “keracunan teruk”.

Selepas kejadian itu, IS menangkap beberapa orang bagi mencari dalang di sebalik kejadian itu.

Baghdadi, dilaporkan beberapa kali tercedera.

Terdapat tawaran AS$10 juta dibuat bagi pihak yang dapat menangkapnya.

IS adalah sebuah kumpulan serpihan al-Qaeda yang menguasai beratus-ratus kilometer persegi kawasan di Iraq dan Syria.

Al-Qaeda sendiri tidak mahu dikaitkan dengan kumpulan itu, yang menurutnya kurang semangat kerja berpasukan dalam serangan agresif dan ganasnya.

Lihat Komen
ADS