Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Sofa terpanjang di M'sia kini di Kuantan
Diterbitkan:  Oct 7, 2016 3:40 PM
Dikemaskini: 8:00 AM

Sofa terpanjang di Malaysia yang diperbuat daripada 3,000 helai kain terpakai jenis denim dipamerkan di Berjaya Megamall di Kuantan selama 10 hari bermula hari ini, untuk tontonan penduduk Kuantan dan kawasan berhampiran.

Malaysia Book of Recordst pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBOR) pada 8 April lalu yang dihasilkan oleh Persatuan Seni Jahitan Kreatif (PSJK) dan Pusat Latihan Kraftangan Epal mengambil masa selama enam bulan untuk disiapkan.

Pegawai penyelaras program, Eric Chua berkata sofa berukuran 52.5 meter yang dapat memuatkan antara 130 hingga 140 orang dewasa itu membuktikan bahawa barangan terpakai boleh diolah menjadi barangan lain, jika rajin dan kreatif.

"Pembuatan sofa ini juga memberi peluang kepada 40 banduan di Penjara Seberang Perai, Pulau Pinang untuk turut serta mencipta sejarah MBOR bersama-sama 1,000 yang lain terdiri daripada pelajar, kakitangan kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO)," katanya di Kuantan hari ini.

Chua menambah sepanjang 'berkampung' di Kuantan, mereka juga mengadakan pameran 'Round House' yang mengetengahkan pelbagai produk kraftangan daripada fabrik batik seperti hiasan dinding dan beg tangan, bagi meningkatkan nilai batik.

Selain itu, pihaknya juga menyediakan kelas asas jahitan secara percuma kepada pengunjung yang berminat dan mereka diberi peluang untuk menghasilkan bekas tisu mini sebagai cenderahati.

- Bernama

Lihat Komen
ADS