Syed Shahir: Fahami hak pekerja dalam perlembagaan
Terjemahan Pemimpin kesatuan sekerja mesti terlebih dahulu mengetahui hak mereka dalam perlembagaan sebelum boleh membebaskan diri daripada sikap 'terlalu berhati-hati' sehingga mereka sendiri mewujudkan sekatan dan tapisan terhadap kegiatan yang dijalankan, kata Presiden Konges Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Syed Shahir Syed Mohamud.
Terjemahan Pemimpin kesatuan sekerja mesti terlebih dahulu mengetahui hak mereka dalam perlembagaan sebelum boleh membebaskan diri daripada sikap 'terlalu berhati-hati' sehingga mereka sendiri mewujudkan sekatan dan tapisan terhadap kegiatan yang dijalankan, kata Presiden Konges Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Syed Shahir Syed Mohamud.
Beliau menegaskan demikian sebagai mengulas saranan pemimpin veteran kesatuan sekerja, A H Ponniah minggu lalu yang mahu kesatuan sekerja membebaskan diri dari kawalan pihak berkuasa dan berusaha memperkukuhkan pergerakan itu dengan merangka dasar buruh neara yang jelas dan terbuka.
Ponniah berkata, tanpa langkah seumpama itu, pergerakan tersebut tidak tidak dapat menghalang usaha kerajaan untuk membuat pindaan terhadap undang-undang buruh yang bakal menjejaskan hak para pekerja.
Menurut Syed Shahir, keadaan itu wujudkan akibat pendekatan yang terlalu berhati-hati yang diamalkan oleh pergerakan buruh sejak sekain lama dalam mengendalikan pertikaian buruh dan apabila menuntut hak-hak pekerja.
"Pemimpin pergerakan ini mesti terlebih dahulu mengikis persepsi mereka sendiri bahawa aktiviti kesatuan sekerja mesti mendapat permit atau mesti mendapat kebenaran kerajaan," katanya dalam satu wawancara.
Menurutnya, ia adalah satu sikap yang salah yang menyebabkan sesetengah pemimpin kesatuan sekerja bersikap terlalu berhati-hati sehingga membuat tapisan sendiri terhadap apa yang hendak mereka lakukan.
Syed Shahir mengakui tidak ramai pemimpin kesatuan sekerja yang mengetahui hak untuk mengadakan perhimpunan secara aman yang diperuntukkan di dalam perlembagaan.
"Contohnya, berapa ramaikah pemimpin yang berani mengadakan (perhimpunan secara aman) walaupun ia merupakan satu hak di segi undang-undang?
"Saya bersetuju dengan apa yang dikatakan (oleh Ponniah). Tetapi untuk mencapai (ke tahap itu), pemimpin kesatuan sekerja mesti mengetahui hak-hak mereka, barulah akan wujud perubahan pemikiran minda dan keberanian untuk membebaskan daripada belenggu tersebut," katanya.
Pendekatan secara aktif
Mengenai peranan MTUC, Ponniah juga menegaskan, sebagai sebuah badan penaung, kongres itu perlu fokus kepada usaha merangka dasar buruh negara, dan bukannya terlalu menumpukan masanya untuk menyelesaikan "masalah dalaman" dalam kesatuan-kesatuan gabungannya.
Walaupun bersetuju dengan pandangan Ponniah itu, tetapi Syed Shahir menegaskan apa yang penting ialah untuk memperkukuhkan asasnya terlebih dahulu.
"Kami sedang menggembleng dan menggerak kesatuan gabungan dan ahli-ahli untuk menerima pendekatan penyertaan aktif dalam menangani isu-isu pekerja secara berpasukan.
"Tetapi ia akan mengambil masa untuk memperkukuhkan asas keahlian. Kami tidak mahu melakukannya secara drastik. Kami lebih suka melakukannya secara sistematik dan konsisten," katanya.
Merujuk kepada ucapannya sempena Hari Buruh, Syed Shahir berkata usaha membabitkan MTUC dalam proses penggubalan dasar-dasar perdana, bukanlah satu isu yang baru.
"Kami menyedari bahawa sesuatu mesti dilakkukan, dan dilakukan segera dan secara betul kerana cabaran-cabaran yang dihadapi semakin sukar dan hak-hak pekerja pula semakin terhakis," katanya.
Bagaimanapun, katanya, sebahagian besar pemimpin kesatuan sekerja percaya bahawa mereka berada di pihak yang mementingkan kepentingan negara dan ketenteraman awam.
"Di sinilah orang muda harus terbabit dalam usaha mengubah dan mengambil alih pergerakan buruh, dengan membawa bersama-sama mereka aliran pemikiran yang berbeza. Mengapa mesti ada pihak yang berfikir sekiranya kita mengadakan mogok, maka kita cuba menghancurkan negara kita?" tambahnya.
Sambil menegaskan bahawa peruntukan untuk menganjurkan mogok telah diperketatkan pada 1970-an, beliau berkata, pihak kerajaan tidak sepatutnya menganggap para pekerja seperti juvana.
Beliau juga menyifatkan anggapan bahawa kesatuan sekerja di negara ini meniru pihak Barat, juga juga sudah ketinggalan zaman.
"Setiap kali kita mengadakan bantahan atau berpiket, kerajaan berkata kita meniru gaya Barat. Tapi tidakkah memakai tali leher dan kot juga meniru Barat?" soalnya.
Sebaliknya, kata Syed Shahir, apa juga tindakan yang diambil oleh kesatuan sekerja adalah semata-mata bertujuan "untuk mendapatkan apa menjadi hak kami".

