Kumpulan rasis kulit putih Ku Klux Klan (KKK) mengumumkan sebuah “perarakan kemenangan” di North Carolina bagi menyambut kemenangan Donald Trump dalam pilihan raya presiden Amerika Syarikat (AS).
Ku Klux Klan bahagian Pelham, New York berkata acara itu akan diadakan pada 3 Disember depan, tetapi masa dan tempatnya belum diumumkan, lapor akhbar British The Independent.
Pengumuman dibuat di laman web kumpulan itu.
“Trump menyatupadukan rakyatku,” berdasar kenyataan di laman itu.
Bekas pemimpin KKK yang dikenali sebagai David berkata kemenangan Trump sebahagian besarnya dibantu oleh kumpulan pendukung ketuanan kulit putih.
September lalu, pengkaji-pengkaji dari Universiti George Washington di AS mendapati nasionalis kulit putih dan Neo-Nazi menunjukkan peningkatan besar di Twitter.
Ia naik mendadak mulai tahun 2012 mengatai kumpulan bersenjata IS sebanyak 600 peratus.
Kajian juga mendapati kempen-kempen nasionalis kulit putih di Twitter juga banyak menyumbang ke arah kemenangan Trump.
[Baca berita asal]
