Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Ketua Setiausaha Kementerian Kewangan Tan Sri Irwan Serigar Abdullah yakin 1MDB akan mendapat juruaudit baru tidak lama lagi.

"Kami akan melantik (firma juruaudit baru) tak lama lagi," katanya kepada wartawan di Kuala Lumpur hari ini.

Ditanya sama ada 1MDB akan dapat mengenal pasti juruaudit baru itu menjelang tahun ini, Irwan Serigar hanya menjawab: "Soon, soon (tak lama lagi, tak lama lagi)."

Beliau yang juga pengerusi lembaga pengarah 1MDB turut menafikan dakwaan bahawa firma bermasalah itu berdepan kesukaran mencari juruaudit yang sanggup meneliti akaunnya.

Dihubungi hari ini Presiden 1MDB Arul Kanda Kandasamy juga enggan memberi sebarang komen apabila ditanya bilakah firma itu dapat melantik juruaudit baru.

Setakat ini 1MDB belum lagi mematuhi syarat ditetapkan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) yang mewajibkan laporan juruaudit bagi tahun berakhir 31 Mac 2015 diserahkan kepada mereka.

Bagaimanapun SSM memberi lanjutan tempoh kepada 1MDB sehingga Mac tahun ini.

Sebelum ini Menteri Kewangan II Datuk Johari Abdul Ghani berkata 1MDB menghadapi masalah mendapatkan juruaudit yang sanggup menggalas tugas berkenaan.

Pada Oktober lalu ketika menghadiri sesi dialog bersama siswa Universiti Malaya, Arul Kanda memberitahu juruaudit 1MDB sebelum ini, Deloitte, menarik diri daripada menyempurnakan tugas mereka selepas sebahagian dokumen penting yang diperlukan, berada dalam simpanan polis.

Sejak penubuhannya pada 2009, 1MDB sering bertukar-tukar juruaudit, bermula dengan firma Ernst and Young sebelum diganti oleh KPMG.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS