Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Helikopter mendarat cemas di SK Tanjung Agas PD
Diterbitkan:  Dec 8, 2016 8:39 PM
Dikemaskini: 12:42 PM

Sebuah helikopter persendirian melakukan pendaratan cemas di padang Sekolah Kebangsaan (SK) Tanjung Agas, Port Dickson kira-kira jam 3.05 petang tadi.

Timbalan Ketua Polis Daerah DSP Zainuddin Ahmad berkata pendaratan cemas terpaksa dilakukan apabila cermin hadapan pesawat itu pecah dipercayai selepas melanggar seekor burung.

"Seramai enam orang berada di dalam pesawat itu termasuk juruterbang dan seorang wanita. Cermin yang pecah merupakan cermin hadapan di bahagian juruterbang dan kejadian itu mengakibatkan juruterbang cedera ringan manakala lima lagi penumpang pesawat tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Saya dimaklumkan juruterbang telah dirawat di klinik berhampiran. Sehingga kini, helikopter berkenaan masih berada di perkarangan sekolah untuk siasatan lanjut Jabatan Penerbangan Awam dan syarikat (yang memiliki) pesawat itu," katanya.

Beliau berkata helikopter ini dalam perjalanan dari Johor Bahru ke Kuala Lumpur.

- Bernama

Lihat Komen
ADS