Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Orang Asli Ledang dakwa k'jaan Johor ganggu tanah adat
Diterbitkan:  Jan 10, 2017 6:03 PM
Dikemaskini: 10:09 AM

Kira-kira 600 Orang Asli dari Kampung Sungai Air Tawas dan Tanah Gembur, Ledang hari ini menfailkan saman terhadap empat pihak termasuk kerajaan negeri Johor atas dakwaan mengganggu dengan mengorek longkang dan membina pagar di atas tanah mereka sejak November lalu.

Mereka yang diwakili Pengerusi Bersama Jawatankuasa Bertindak Orang Asli Ledang iaitu Jengkeng Jani, 69, dan Mengkek Achai, 56, memfailkan saman itu di kaunter pendaftar Mahkamah Tinggi (Sivil) di Johor Bahru melalui Tetuan Kamal Hisham & Associates.

Mereka menamakan kontraktor, Zila Maju Enterprise; Pengarah Perbadanan Taman Negara Johor, Kerajaan Negeri Johor dan Kerajaan Malaysia sebagai defenden pertama hingga keempat.

Berdasarkan pernyataan tuntutan, mereka memohon pengisytiharan bahawa mereka mempunyai hak milik Adat Asli dan tuan punya kepada tanah yang mereka diami itu.

Mereka juga memohon perintah menghalang mana-mana pihak memasuki atau melakukan sebarang kerja di atas tanah berkenaan.

Sementara itu dalam kenyataan yang diedar kepada media, mereka mendakwa tidak dimaklumkan lebih awal mengenai projek tersebut dan hanya menyedarinya apabila kontraktor membawa masuk jentera berat ke perkampungan berkenaan pada 14 Nov lalu.

Kata mereka notis memulakan kerja dikeluarkan pada 30 Nov dan kerja-kerja pembinaan pagar dan mengorek longkang bagi projek pemuliharaan Taman Negara Johor itu bermula dengan rasmi pada 27 Dis lalu.

Menurut mereka projek itu bukan sahaja menyebabkan mereka kehilangan sumber pendapatan selepas tanaman mereka musnah tetapi juga mengancam tanah perkuburan nenek moyang mereka.

- Bernama

Lihat Komen
ADS