Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Ringgit masih kukuh, kata pakar ekonomi Bank Dunia
Diterbitkan:  Jan 16, 2017 3:03 PM
Dikemaskini: 7:07 AM

Pergerakan ringgit berkemungkinan besar akan dipacu oleh perkembangan persekitaran luaran serta perspektif global, demikian menurut pandangan Bank Dunia, hari ini.

Malah, kata Pakar Ekonomi Kanannya, Rafael Munoz Moreno, satu faktor yang akan menentukan aliran ringgit itu adalah perubahan dasar fiskal Amerika Syarikat serta tahap ketelusan dasar monetari negara maju berkenaan.

"Ini akan ditafsirkan kepada (prestasi) pasaran kewangan global (termasuk pasaran Malaysia)," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada persidangan dua hari Bank Dunia bertemakan Mempertingkat Kualiti Perkhidmatan Pelaksanaan, hari ini.

Moreno juga menyifatkan bahawa ringgit masih kukuh kerana aspek kewangan Malaysia yang saling berintegrasi dengan negara-negara lain di rantau ini.

Integrasi kewangan merujuk kepada proses yang mana kewangan sesebuah negara itu lebih seiringan dengan negara lain termasuk berkongsi amalan kewangan terbaik, kecanggihan teknologi serta produk kewangan baharu.

Jelasnya, pergerakan ringgit pada masa depan juga akan mencerminkan harga komoditi.

"Sebagai negara pengeluar utama komoditi, sebarang kenaikan harga komoditi akan turut cenderung ke arah ringgit," katanya.

Baru-baru ini, Bank Dunia mengunjurkan ekonomi Malaysia tumbuh sebanyak 4.3 peratus pada 2017 dan terus berkembang sebanyak 4.5 peratus tahun depan apabila penyesuaian kepada harga tenaga rendah berjalan lancar manakala harga komoditi menjadi stabil.

Ia turut memaparkan pertumbuhan sederhana daripada perkembangan rendah 4.2 peratus yang dijangkakan pada 2016.

Menurut Bank Dunia, pertumbuhan dalam kalangan negara pengeksport komoditi di rantau ini juga dijangka akan meningkat.

Selain Malaysia, Indonesia yang juga pengeluar komoditi, dijangka mencatat pertumbuhan ekonomi sebanyak 5.3 peratus pada tahun ini berbanding 5.1 peratus tahun lepas.

- Bernama

Lihat Komen
ADS