Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Orang Asli halang TNB ambil sampel air sungai
Diterbitkan:  Jan 17, 2017 6:43 PM
Dikemaskini: 10:46 AM

Sekumpulan kira-kira 20 Orang Asli dari Kampung Rakoh dan Kampung Dayok dilaporkan menghalang beberapa kakitangan Tenaga Nasional Berhad (TNB) daripada mengumpul sampel air untuk projek empangan di Sungai Ulu Jelai, Pahang Sabtu lalu.

Menurut aktivis Orang Asli, Norfini Ajik yang berada di tempat kejadian, kakitangan TNB itu mahu menyalurkan air dari Sungai Ulu Jelai ke Sungai Ulu Telom untuk pembinaan empangan.

Beliau melalui kenyataan yang dikeluarkan oleh Penyelaras Jaringan Kampung Orang Asli Pahang, Shafie Dris, berkata, kelapan-lapan kakitangan TNB yang tidak memperkenalkan diri dan tujuan mereka itu hadir kira-kira dua jam di Kampung Rakoh, Sabtu lalu.

"Nak masuk kampung Orang Asli kena tahu adat Orang Asli, bukan orang luar saja ada adat.

"Kamu tidak boleh masuk sesuka ke sini tanpa kebenaran penduduk kampung dan Tok Batin.

"Sebab kami ingin jumpa MB (menteri besar) kena ikut peraturan polis, tapi kamu masuk kampung Orang Asli main redah saja,” katanya.

Menurut Norfini, penduduk Orang Asli di kawasan berkenaan tidak bersetuju dengan projek empangan berkenaan dan tidak mahu diganggu.

Beliau menjelaskan bahawa jika empangan dibina, kehidupan masyarakat Orang Asli akan terjejas kerana mereka sangat bergantung kepada sungai untuk makanan dan air, dan pembinaan empangan akan juga merosakkan kawasan tempat tinggal mereka.

"Pada kami, sungai ini banyak kazanahnya, macam mana kamu nak musnahkanya, jangan ganggu kami dan air kami.

“Orang Asli di sekitar hutan ini memerlukan air, kerana air adalah sumber kehidupan kami,” katanya.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS