Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Menteri-menteri luar OIC bersidang bincang Rohingya
Diterbitkan:  Jan 19, 2017 11:52 AM
Dikemaskini: 3:55 AM

Mesyuarat luar biasa Menteri-menteri Luar Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) mengenai situasi minoriti Muslim Rohingya di Myanmar bermula di Kuala Lumpur pagi ini dengan mesyuarat pegawai-pegawai kanan (SOM).

Mesyuarat tertutup selama dua jam itu antara lain membincangkan draf resolusi dan kenyataan yang akan diumumkan pada akhir sesi mesyuarat Menteri Luar OIC lewat petang ini.

SOM dipengerusikan secara bersama oleh Ketua Setiausaha Kementerian Luar Datuk Ramlan Ibrahim dan Penolong Setiausaha Agung bagi Hal Ehwal Politik OIC Abdullah Alim.

Sesi luar biasa hari ini berlangsung atas permintaan kerajaan Malaysia untuk membincangkan isu Muslim Rohingya di Myanmar.

Berdasarkan laporan media, krisis di Rakhine itu menyebabkan ribuan Rohingya meninggalkan Myanmar selain laporan-laporan mengenai kekejaman termasuk rogol dan bunuh terhadap golongan itu yang disangkal oleh kerajaan Myanmar.

Mesyuarat di ibu negara ini dijangka mengeluarkan dua dokumen yang masing-masing akan menyatakan pendirian bersama OIC berhubung isu itu.

- Bernama

Lihat Komen
ADS