Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Diskaun LDP, Sprint dan Kesas sempena CNY
Diterbitkan:  Jan 21, 2017 8:26 PM
Dikemaskini: 12:28 PM

Lingkaran Trans Kota Sdn Bhd (LITRAK) akan memberikan diskaun tol bersempena Tahun Baharu Cina pada 28 Jan ini.

Ketua Jabatan Komunikasi LITRAK Shah Rizal Mohamed Fawzi berkata semua kelas kenderaan akan diberikan diskaun tol di Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) dan Lebuhraya Sistem Penyuraian Trafik Sdn Bhd (SPRINT).

Beliau berkata bagaimanapun, diskaun tol hanya diberikan kepada kenderaan kelas 1 di Lebuhraya Shah Alam (KESAS).

Bagi pengguna LDP, mereka diberikan diskaun 60 sen, manakala pengguna SPRINT akan menikmati diskaun tol sebanyak 20 sen mulai 12 tengah malam hingga 11.59 malam pada hari berkenaan.

"Diskaun tol 10 peratus pula diberikan kepada pengguna kenderaan kelas 1 sahaja di Lebuhraya KESAS," katanya kepada pemberita pada Program Amal Tahun Baharu Cina bersama LITRAK, hari ini.

Katanya kira-kira 578,000 pengguna di ketiga-tiga lebuh raya itu dianggarkan akan menikmati kadar diskaun yang diberikan oleh syarikat-syarikat konsesi masing-masing pada Tahun Baharu Cina ini.

- Bernama

Lihat Komen
ADS