Seorang perogol bersiri yang disyaki menyerang sehingga 1,000 orang mangsa, telah diperintahkan dihantar pulang ke Malaysia selepas dia selesai menjalani hukuman 24 tahun penjara di Kanada.

Selva Kumar Subbiah, 56, akan dibawa pulang ke Malaysia oleh tiga pengawal dari Agensi Perkhidmatan Sempadanan Kanada, lapor akhbar Kanada, Toronto Star.

Kini dalam tahanan sehingga hari Ahad, dia ditangkap Sabtu lalu apabila dia layak untuk pembebasan wajib selepas menjalani keseluruhan hukuman penjara terhadapnya.

Perbicaraan diberitahu bahawa pegawai Malaysia telah meluluskan permit penerbangan untuknya. Bagaimanapun, tiada disebut sama ada dia akan hidup bebas di Malaysia atau diserahkan kepada pegawai penguatkuasa undang-undang di Malaysia.

Pada masa hukuman, Hakim David Humphrey mengarahkan polis untuk mengiringi Selva Kumar pulang ke Malaysia dan memberikan kepada polis di sini fail jenayahnya yang banyak.

Selva Kumar didapati bersalah di dua perbicaraan yang berasingan lebih dua dekad yang lalu atas pertuduhan memberi dadah dan melakukan serangan seksual terhadap 30 wanita. Tetapi pendengaran itu telah diberitahu mungkin ada beratus-ratus lagi mangsa.

"Seramai 500 hingga 1,000 mungkin telah diserang," kata Naima Karimullah, seorang peguam bagi Agensi Perkhidmatan Sempadan Kanada..

Ketika satu pendengaran pada bulan Jun 2016, dia didapati tidak layak untuk parol kerana dia dianggap "mungkin melakukan kesalahan yang menyebabkan kematian atau kemudaratan yang serius kepada orang lain".

Andrew Laut, yang mempengerusikan pendengaran Lembaga Imigresen dan Pelarian Kanada pada hari Isnin, memberitahu Selva Kumar bahawa dia merupakan "pesalah yang paling teruk dan berisiko paling tinggi yang pernah ditemuinya sepanjang kerjayanya."

Laut juga memberitahu bahawa Selva Kumar telah diisytiharkan sebagai "bahaya kepada orang awam" pada bulan November 1994, yang bermakna dia tidak boleh memohon status pelarian.

Selva Kumar berkata dia bersedia untuk pulang ke Malaysia yang ditinggalkannya sejak tahun 1980.

"Saya bersedia untuk pulang, tuan," katanya kepada Laut semasa perbicaraan pada hari Isnin.

[Baca berita penuh]