Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak memohon untuk membatalkan saman Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua ke atas beliau.

Kira-kira sebulan yang lalu, Pua memfailkan saman misfeasans dalam pentadbiran awam terhadap Najib dan kerajaan dalam isu 1MDB.

Antara sebab permohonan itu, Najib menyatakan Pua memfailkan saman berkenaan untuk tujuan politik dan beliau bukan seorang penjawat awam atau kakitangan kerajaan.

Perdana Menteri memfailkan permohonan berkenaan pada hari Selasa tetapi dokumen-dokumen hanya tersedia buat peguam Pua hari ini.

Ia dibangkitkan oleh peguam Pua, Joanne Chua semasa pengurusan kes di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk John Louis O'Hara.

Chua memberitahu pemberita, Hakim O'Hara turut membenarkan permohonan Najib untuk penangguhan dalam memfailkan pembelaannya.

Sementara itu, kerajaan, yang dinamakan sebagai defendan kedua telah menyatakan pihaknya juga akan memfailkan permohonan untuk membatalkan saman itu.

Dalam samannya itu, Pua yang juga setiausaha publisiti DAP menuntut pengisytiharan defendan telah melakukan kesalahan misfeasance dalam pentadbiran awam.

Pua juga memohon mahkamah mengisytiharkan bahawa Najib telah menyalah guna kedudukannya terhadap dana 1MDB untuk kepentingan peribadi.

Pua menuntut ganti rugi am, ganti rugi teruk dan ganti rugi teladan yang akan dinilai oleh mahkamah.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS