PARLIMEN I Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini menegaskan bahawa dasar Wawasan 2020 tidak gagal.

"Pada hakikatnya, kita bukan gagal, tetapi kita akui ada kelemahan," Najib memberitahu Dewan Rakyat hari ini.

Wawasan 2020 merupakan idea bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang kini merupakan salah seorang pengkritik utama Najib.

Perdana Menteri berkata demikian semasa menjawab Siti Zailah Mohd Yusoff (PAS-Rantau Panjang) yang berkata, Wawasan 2020 gagal dalam menjadikan Malaysia sebuah negara maju, merapatkan jurang pendapatan antara pantai timur dan barat serta mencapai sasaran 30 peratus pemilikan ekuiti Bumiputera.

Jelas Najib, matlamat tersebut akan lebih mudah untuk mencapai jika semua pihak kurang mempolitikkannya.

"Kalau kita kurangkan politiking dalam negara, kita lebih mudah sampai pada matlmat tersebut.

"Bila kita letak satu tahap yang tinggi, tentu ada kekurangan pencapaian (terutama) ada faktor-faktor luaran yang diluar dari kawalan kita contohnya harga minyak merudum dan komoditi jatuh.

"Ini semua diluar kawalan kita," kata Najib lagi.

[Baca berita penuh]