Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita
Mahkamah Rayuan: Kenaikan cukai taksiran MPHTJ tak sah
Diterbitkan:  Mar 13, 2017 2:28 PM
Dikemaskini: 8:39 AM

Mahkamah Rayuan Putrajaya hari ini mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi Melaka yang mengisytiharkan bahawa kenaikan cukai taksiran yang dikenakan ke atas pemilik premis di Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) pada Julai 2015 adalah tidak sah dan terbatal.

Panel tiga anggota diketuai Hakim Datuk David Wong Dak Wah sebulat suara menolak rayuan oleh majlis perbandaran itu.

Hakim lain yang bersidang bersama adalah Datuk Abang Iskandar Abang Hashim dan Datuk Umi Kalthum Abd Majid.

"Kami tidak bersama anda dan kami menolak rayuan itu," katanya.

Mahkamah Rayuan tidak menetapkan sebarang kos.

Pada 19 Ogos, tahun lalu, Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Mohd Firuz Jaffril berkata kenaikan itu tidak mengikut prosedur di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 dan memutuskan kenaikan itu sebagai sebagai terbatal dan tidak sah.

MPHTJ adalah salah satu daripada empat majlis tempatan di Melaka.

Perisytiharan itu dimohon oleh ADUN Ayer Keroh, Khoo Poay Tiong dan isterinya Lee Wei Cheng yang rumah mereka turut terjejas dengan kenaikan 30 peratus tersebut.

Mahkamah Tinggi berpuas hati, kenaikan cukai itu adalah tidak sah kerana MPHTJ gagal mengesahkan senarai nilaian terlebih dahulu mengikut Seksyen 143 (1) Akta Kerajaan Tempatan 1976.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS