Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Pemimpin Baju Merah Datuk Seri Jamal Md Yunos mengalu-alukan tindakan anggota Parlimen Seputeh Teresa Kok untuk menyaman beliau.

Malah, secara sinis pengerusi Umno Sungai Besar itu berkata akan membuat majlis untuk menyambutnya.

"Saya mengalu-alukan (saman Teresa) dan saya akan buat majlis untuk menerima saman itu," kata Jamal dalam sidang medianya di Ampang hari ini.

Teresa semalam mengugut untuk menyaman Jamal kerana menuduh beliau menyeleweng wang Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) – agensi yang menguruskan dana kebajikan negeri itu.

Menurut Teresa dalam sidang media di lobi parlimen, tuduhan Jamal itu fitnah terhadap beliau dan pimpinan Pakatan Harapan di Selangor.

Teresa juga semalam menunjukkan resit dan dokumen berkaitan dengan tuntutan yang dibuat oleh parlimennya kepada YAWAS.

Jamal bagaimanapun hari ini menyifatkan ia sebagai tidak ikhlas.

"Untuk jawab persoalan yang dikemukakan kepada Teresa, beliau jawab, tapi jawapan itu tidak ikhlas dan berdolak-dalik,” kata Jamal.

YAWAS menguruskan program kebajikan negeri, termasuk Skim Mesra Usia Emas (SMUE) dan Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS).

Lihat Komen
ADS