Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Najib teruskan legasi bapa di 1Razak Mansion
Diterbitkan:  Mar 15, 2017 8:11 PM
Dikemaskini: 12:32 PM

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini meneruskan legasi bapanya di 1Razak Mansion yang baru dibangunkan semula.

"Razak Mansion yang lama, telah dilancarkan oleh arwah ayah saya (bekas perdana menteri Tun Abdul Razak Hussein) 50 tahun lalu, iaitu tepat pada 26 April 1967, sebelum ini saiz unit lama iaitu 399 hingga 504 kaki persegi.

"Tetapi hari ini, mereka telah menerima satu unit baru dengan keluasan 800 kaki persegi," kata Najib pada majlis penyerahan kunci Perumahan 1Razak Mansion di Sungai Besi, Kuala Lumpur hari ini.

1Razak Mansion, sebelum ini dikenali sebagai Perumahan Awam Razak Mansion - ia pertama kali dilancarkan oleh bapa Najib, Abdul Razak, yang ketika itu adalah timbalan perdana menteri pada 47 tahun lalu. Justeru, ini menjadikannya dekat di hati.

Najib juga pernah melancarkan pembangunan semula 1Razak Mansion pada bulan April 2014.

Dalam ucapannya, Najib berkata, perumahan menjadi agenda tertinggi kerajaan dalam memperjuangkan kepentingan dan kesejahteraan rakyat.

Menurutnya, kewujudan pelbagai projek perumahan mampu milik membuktikan kesungguhan kerajaan untuk memudahkan rakyat memiliki rumah mengikut kemampuan mereka.

"Kita ada banyak agensi (menguruskan) program rumah mampu milik yang mendapat sambutan hangat misalnya Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M), Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA), perumahan mampu milik Rumah Wilayah Persekutuan (RUMAWIP)," katanya.

Perdana menteri berkata selain itu program pembangunan semula perumahan juga merupakan satu lagi inisiatif kerajaan dalam memberikan keselesaan kepada rakyat.

Yang turut hadir, Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor; Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Ali Hamsa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Mohd Amin Nordin Abdul Aziz.

Projek itu membabitkan pembinaan 658 unit rumah, 23 kedai, 110 lot pasar. Kemudahan lain termasuklah dewan orang ramai, surau, tadika, pejabat persatuan penduduk dan pondok polis.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS