Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
Zunar patut pelbagaikan subjek karya, bukan provokasi

Seorang kartunis veteran Malaysia percaya Zunar harus "melebarkan" subjek karyanya manakala seorang ahli akademik pula merasakan kartun politik karya kartunis itu lebih "provokasi" daripada kritikal.

Zunar, atau nama sebenarnya Zukiflee Anwar Ul-Haque, adalah kartunis politik Malaysia yang terkenal di peringkat antarabangsa kerana hasil karya kartunnya yang mengkritik golongan dan sistem yang didakwa rasuah di Malaysia. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Sri Rosmah Mansor sering menjadi subjek hasil karyanya. Ada antara buku karyanya telah diharamkan dan beliau kini menghadapi sembilan tuduhan hasutan serta dikenakan larangan perjalanan.

Sambil menegaskan bahawa Zunar merupakan seorang kartunis yang sangat baik, Reggie Lee berkata Zunar semestinya hanya memfokuskan kepada karektor-karektor tertentu sahaja dan harus memperluaskan fokusnya.

Reggie Lee menegaskan demikian di satu sesi panel perbincangan dengan kartunis tempatan dan antarabangsa malam tadi.

Dalam panel yang sama, Profesor Muliyadi Mahamood dari Universiti Teknologi Mara memuji Zunar yang menurutnya telah membawa "kebangkitan kartun politik Melayu".

Namun, katanya, terdapat artis yang memberi respons kepada situasi (semasa) dengan cara yang berbeza.

"... ada kartunis yang mengambil cara yang lebih simbolik untuk mengkritik. Apa yang Zunar lakukan bukan hanya mengkritik tetapi memprovokasi," katanya.

Panel itu juga membincangkan mengenai soal penapisan yang dihadapi oleh kartunis.

"Apa yang saya lakukan, (sebagai) satu peraturan tidak bertulis, ialah saya mengamalkan penapisan sendiri. Saya tidak mahu beri masalah kepada editor," kata Reggie Lee.

Muliyadi mengakui bahawa pemilikan media, dasar-dasar kerajaan dan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 telah mewjudkan satu persekitaran penapisan untuk kartunis Malaysia.

Artis komik Perancis yang juga penulis Nicole Lambert dan kartunis Belgium Cost, yang merupakan ahli panel antarabangsa di sesi perbincangan itu, masing-masing berkata mereka tertakluk kepada penapisan yang sedikit dan malah mempunyai “carte blanche” dalam menghasilkan karya mereka.

'Carte blanche' ialah apabila artis diberi kebebasan untuk bekarya.

Sesi perbincangan itu dianjurkan oleh Alliance Française Kuala Lumpur sempena Hari Bahasa Perancis. Juga diadakan di tempat yang sama ialah pameran 'Drawing Freely' yang mengetengahkan menekankan isu kebebasan media di kalangan kartunis seluruh dunia.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS