Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Laporan: Mayat Jong-nam dibawa keluar dari HKL
Diterbitkan:  Mar 27, 2017 9:05 AM
Dikemaskini: 1:12 AM

Mayat abang kepada pemimpin tertinggi Korea Utara, Kim Jong-nam dibawa keluar dari Institut Perubatan Forensik Negara (IPFN), Hospital Kuala Lumpur (HKL), semalam.

Mayat Jong-nam dibawa dengan kenderaan mayat jenis Toyota Vellfire berwarna putih kira-kira pukul 2 petang sebelum menuju ke sebuah lokasi dipercayai di Cheras, Kuala Lumpur.

Utusan Online melaporkan, menurut sumber, mayat dibawa keluar namun lokasi sebenar tidak dapat didedahkan.

“Anggota polis ditugaskan untuk mengawal di IPFN juga telah ditamatkan hari ini (semalam) berikutan mayat telah dibawa keluar,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Difahamkan, mayat Jong-nam dibawa ke Cheras untuk upacara keagamaan.

Sebelum ini, mayat Jong-nam dipindahkan dari Hospital Putrajaya ke HKL untuk dibedah siasat sebelum ditempatkan lebih 40 hari di HKL selepas disahkan meninggal dunia pada 13 Februari lalu.

Jong-nam disahkan meninggal dunia selepas disyaki diracun oleh dua wanita warga asing Siti Aishah, 25, dan Doan Thi Huong, 29, di balai berlepas Lapangan Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (Klia2) sebelum sempat menaiki pesawat ke Macau, China pada 13 Februari lalu.

Lihat Komen
ADS