Tuduhan baru politik wang, lewat dan tidak relevan lagi
Terjemahan Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno, Datuk Annuar Musa mengesahkan telah menerima salinan surat Sayed Mohd Ali Saipuddin Sayed Yaakob yang mendakwa berlakunya politik wang yang membabitkan seorang naib presiden dan enam orang ahli MT.
Terjemahan Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno, Datuk Annuar Musa mengesahkan telah menerima salinan surat Sayed Mohd Ali Saipuddin Sayed Yaakob yang mendakwa berlakunya politik wang yang membabitkan seorang naib presiden dan enam orang ahli MT.
Annuar memberitahu malaysiakini semalam bahawa beliau menerima salinan surat Sayed Mohd Ali Saipuddin yang juga timbalan ketua Umno bahagian Kuala Krai sewaktu menghadiri mesyuarat MT bulan lalu.
Annuar yang juga Pengerusi Umno Kelantan, berkata, surat tersebut sudah berada di atas meja ketika dia sampai untuk menghadiri mesyuarat MT itu.
Bagaimanapun, katanya, tidak wujud keperluan bagi MT untuk menyebut atau membincangkan surat tersebut kerana semua dakwaan itu dibuat selepas 18 April, iaitu tarikh akhir untuk mengemukakan aduan politik wang kepada Lembaga Disiplin Umno.
Semalam, dilaporkan surat tersebut telah mendedahkan nama seorang naib
presiden Umno dan enam ahli MT yang menang dalam pemilihan Umno tahun lalu, yang didakwa terbabit dalam perbuatan membeli undi, melalui ejen masing-masing.
Surat itu juga mendedahkan nama tiga lagi calon naib presiden serta lima calon MT yang didakwa terbabit dalam politik bersama bersama butir-butir terperinci mengenai tempat, jumlah wang serta saksi-saksi yang hadir.
Ketika dihubungi semalam, Sayed Mohd Ali mengesahkan bahawa beliau ada menulis sepucuk surat kepada Presiden Umno, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada 27 Jun lalu, tetapi enggan mengesahkan sama ada ianya adalah surat yang sama yang diperolehi oleh malaysiakini.
Motif meragukan
Sementara itu, seorang lagi ahli MT yang turut menerima salinan surat tersebut ialah Datuk Shahrir Abdul Samad.
Katanya, beliau menerima salinan surat tersebut minggu lalu, melalui kiriman kira-kira tiga minggu selepas Annuar menerimanya dan oleh itu tidak dapat membangkitkannya dalam mesyuarat MT yang lalu.
Menurutnya, buat masa ini, beliau belum dapat meneliti secara serius surat tersebut kerana sibuk mengendalikan isu-isu penting yang lain.
"Ia bukan bermakna saya tidak memandang serius perkara ini. Ia adalah satu perkara yang serius sehingga ada yang menulis (mengadu mengenai politik wang) selepas tarikh akhir untuk berbuat demikian,' katanya.
Bagaimanapun, katanya, 'timing' masa surat itu ditulis, boleh menimbulkan keraguan terhadap motif penulisnya.
"Sebagai seorang pemimpin parti, anda pastinya tahu tarikh akhir membuat aduan. Tapi ia dilakukan sekarang? Isu itu sepatutnya dibangkitkan lebih awal. Adakah hanya selepas (Tan Sri) Mohd Isa (Samad) dihukum, baru anda mahu membangkitkannya? Itulah persoalan pertama yang timbul selepas saya membacanya.
"Jika anda begitu serius dan ikhlas (melaporkan politik wang), mengapa tidak terus membuat aduan selepas anda menerima wang, apatah lagi anda mempunyai banyak masa untuk berbuat demikian sebelum tamat tarikh akhir tersebut," katanya.
Katanya, jika niat penulis surat tersebut untuk mendapatkan garispanduan yang jelas bagi menyelesaikan masalah rasuah dalam Umno boleh dipercayai, maka tidak perlu untuk disebut nama-nama seperti yang terdapat dalam surat tersebut.
"Niatnya munasabah tetapi mengapa dedahkan nama-nama kerana anda hanya akan mencemarkan nama mereka. Dan kemudiannya anda sebarkan surat tersebut. Jadi, apa tujuannya berbuat demikian?" soalnya.
Menurutnya, semua persoalan itu harus diambilkira sekiranya perkara tersebut dibangkit dan dibincangkan dalam mesyuarat MT akan datang.
Keputusan pemilihan Umno 2004


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.