Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Pensyarah Universiti Malaya (UM) yang didakwa membuat kenyataan berunsur perkauman terhadap pelajarnya telah pun memohon maaf.

Dalam kenyataan kepada Malaysiakini, Naib Canselor UM Tan Sri Mohd Amin Jalaludin berkata satu pertemuan yang melibatkan kedua-dua pihak telah berlangsung.

Beliau turut hadir dalam acara itu.

Seorang jurucakap UM mengesahkan pertemuan itu berlangsung pada 30 Mac lalu.

Pensyarah itu meminta maaf secara lisan dan bertulis, kata Amin.

Pelajar-pelajar pula menerima permohonan maaf itu dan berharap ia tidak berulang.

“Pensyarah terbabit juga menyesali kejadian yang berlaku dan menegaskan bahawa beliau tidak berniat untuk menimbulkan sebarang isu perkauman, dan berjanji akan lebih berhati-hati pada masa hadapan,” katanya.

Dalam kenyataan itu, UM juga berkata tidak akan bertolak ansur kepada mana-mana ahli akademik dan pentadbirannya yang tidak mengamalkan dasar menghormati sesama kaum.

Universiti itu sebelum ini telah menggantung pensyarah terbabit daripada terus mengajar kelas yang beliau didakwa melontarkan kenyataan yang dianggap rasis itu.

Jurucakap UM berkata pensyarah itu akan digantung sehingga siasatan kes itu selesai.

Tulisan Facebook yang tersebar luas pada Februari lalu mendakwa pensyarah itu melarang dua pelajarnya daripada duduk bersebelahan dan dengan alasan kaum India cenderung “meniru dan memplagiat tugasan.”

Wanita itu kemudian didakwa berkata beliau tidak akan meletakkan mereka dalam kumpulan sama untuk tugasan kerana beliau "kenal India."

Panel lima anggota telah dibentuk untuk menyiasat dakwaan itu, yang kemudian dibawa kepada oleh Majlis Profesor Negara (MPN) untuk penubuhan Jawatankuasa Penasihat.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS