Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Guru merungut, suarakan harapan pada dialog TN50

Walaupun dialog Transformasi Negara 2050 (TN50) bersama para guru muda malam tadi sepatutnya menjadi platform untuk berkongsi aspirasi mereka, ada juga mengambil kesempatan untuk menyuarakan masalah.

Beberapa guru di kalangan lebih 400 peserta dalam program bersama Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid yang diseliakan oleh Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin itu bersuara mengenai bebanan tanggungjawab dipikul oleh para guru yang semakin bertambah.

Seorang guru muda secara khususnya berkata, ia menjangkau ke tahap yang tidak sihat apabila terpaksa menulis beberapa laporan setiap hari walaupun baru berkhidmat selama setahun.

"Saya sudah letih untuk melakukannya lagi. Saya juga tidak tahu waktu kerja kerana kadang-kadang saya perlu bekerja sehingga malam," kata guru itu semasa program di Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

Pandangan beliau turut dipersetujui oleh beberapa guru lain yang mengakui tugas pentadbiran yang 'terlalu banyak'.

Sementara itu, memetik kejadian terbaru mengenai pembantu warden sekolah yang disyaki mendera pelajar sehingga kedua-dua kakinya dipotong, seorang guru di Sabak Bernam, Selangor menggesa Kementerian Pendidikan meninjau kebajikan para guru di negara ini.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS