Penghuni Kerajaan Langit takut diserang lagi
Terjemahan Kira-kira 150 pengikut Ayah Pin kini hidup dalam ketakutan selepas perkampungan mereka dekat Jerteh di Hulu Terengganum diserang oleh kira-kira 50 orang yang tidak dikenali awal pagi Isnin lalu.
Terjemahan Kira-kira 150 pengikut Ayah Pin kini hidup dalam ketakutan selepas perkampungan mereka dekat Jerteh di Hulu Terengganum diserang oleh kira-kira 50 orang yang tidak dikenali awal pagi Isnin lalu.
Kawasan tersebut kini dikawal oleh anggota polis tugasan am dan semua pelawat dan wakil media tidak dibenarkan masuk ke perkampungan tersebut.
Hanya penghuninya sahaja dibenarkan masuk berdasarkan kepada senarai nama yang ada pada polis.
Lima kereta rosak teruk dan pecahan kaca berselerak di merata tempat. Seorang pemilik kereta terbabit berkata, pemain kaset keretanya turut hilang.
Penduduk di situ menganggarkan kerugian akibat kerosakan pada harta benda serta binaan struktur di perkampungan Ayah Pin, sekitar RM500,000.
Seorang penghuninya yang ditemui Ruhizzul Azwan Sajit, 30, berkata pihaknya tidak sama sekali menyangka akan berlaku serangan seumpama itu.
"Kami bimbang diserang lagi. Kebanyakan kami masih tertekan dengan kejadian tersebut...pastinya kami tidak dapat mempertahankan diri kami," katanya.
"Kami disabotaj. Mereka terlebih dahulu memutuskan talian telefon sebelum menyerbu ke kampung ini. Jadi macam mana nak minta tolong. Naib baik, seorang daripada kami dapat menelefon polis di kampung berhampiran," katanya.
Dua jam kemudian, polis dan anggota bomba tiba, tetapi ketika itu, para penghuninya telah berjaya memadamkan api.
Bunyi letupan
Bagaimanapun, Ayah Pin, atau Ariffin Mohammad, 65, tidak kelihatan di perkampungan itu sejak hari kejadian tersebut.
Pihak polis negeri dan daerah tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan penjelasan lanjut.
Ruhizzul yang bertugas menjaga binaan struktur kapal Noh pada hari kejadian itu, berkata dia terndenga bunyi pintu kereta ditutup di simpang jalan besar kira-kira jam 5 pagi.
"Ketika itu juga saya ternampak lembaga berpakaian jubah putih dan hitam melompat pagar.
"Saya terdengar bunyi beberapa letupan dari pelbagai arah, termasuk berhampiran tempat saya berada. Saya terus lari pulang ke rumah dan melihat apa yang terjadi melalui celah tingkap," katanya.
Seorang lagi saksi, Amirah Mohamed, 29, berkata dia terjaga untuk menyusu anaknya yang berusia tiga tahun apabila dia terdengar bunyi bising di luar.
"Saya begitu takut. Saya dengar bunyi orang berjalan di luar rumah saya dan terus membuka tingkap untuk melihat apa yang berlaku.
"Saya begitu terperanjat apabila melihat seorang lelaki menyuluh muka saya dan menjerit dalam bahasa Kelantan yang dia akan membunuh saya jika saya keluar dari rumah.
"Saya terdengar seorang lagi bertanya sama ada hendak membakar rumah itu atau tidak, tetapi yang seorang lagi kata tidak payah," katanya.
Penghuni perkampungan itu mendakwa mereka tidak tahu di mana Ayah Pin pergi bersama empat orang isterinya.
"Kali terakhir kami melihatnya pada hari Ahad. Tidak seorangpun yang tahu di mana mereka berada. Sejak itu, kami tidak mendengar apa-apa berita mengenai mereka," katanya.
Sejak serangan Isnin lalu, penghuni di situ berkata mereka berterima kasih kepada pihak polis yang membuat kawalan sepanjang masa di kawasan tersebut.
"Mereka banyak membantu dan memberi jaminan yang semuanya terkawal. Kami tidak tahu apa yang akan berlaku sekiranya polis tiada lagi berkawal di sini," kata Ruhizzul.


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.