Penghuni Kerajaan Langit: Antara pujian dan cemuhan
Terjemahan "Mereka adalah orang baik, mesra dan murah hati. Mereka bekerja kuat, berdikari dan berkemahiran terutama dalam kerja kimpalan, pertukangan dan kerja-kerja pembinaan.
Terjemahan "Mereka adalah orang baik, mesra dan murah hati. Mereka bekerja kuat, berdikari dan berkemahiran terutama dalam kerja kimpalan, pertukangan dan kerja-kerja pembinaan.
"Saya tidak mereka bermasalah dengan orang lain. Mereka adalah golongan cintakan keamanan dan kesejahteraan dan menumpukan kepada urusan mereka sendiri."
Begitulah kata-kata Lee Gim Choon, seorang keturunan Cina Malaysia, berusia 40-an, yang memiliki sebuah kedai perabot di Pasir Putih, Kelantan, berdasarkan pengalaman ketika mengendalikan urusan perniagaannya dengan penghuni perkampungan tersebut.
Setengah daripada mereka telah membeli perabot daripadanya dan mereka membayarnya melalui bayaran ansuran bulanan. Bagaimanapun, ketika Lee ke sana Jumaat lalu, untuk mengutip bayaran ansuran bulan, dia mendapat perkampungan tersebut dalam keadaan sunyi sepi.
Pada waktu Subuh Isnin lalu, berbelas-belas orang bertopeng telah menceroboh perkampungan itu dan merosak dan membakar kenderaan, bangunan dan binaan di kawasan 'Kerajaan Langit' seluas dua hektar di Kampung Batu 13, Hulu Besut, yang didiami kira-kira 140 penghuni.
Dua hari kemudiannya, kira-kira 60 daripada penghuninya telah ditangkap oleh pihak berkuasa agama negeri kerana didakwa menjadi penikut Ayah Pin, atau nama sebenarnya Ariffin Mohammad, 65.
Pihak berkuasa agama Terengganu telah menawarkan hadiah wang bagi menangkap Ayah Pin yang didakwa membawa ajaran sesat dan mendakwa dirinya sebagai Tuhan.
Perkampungan kecil yang terletak kira-kira 45 minit perjalanan dari Kota Bharu dan dua setenah jam perjalanan dari Kuala Terengganu, menjadi tumpuan ramai mengenai binaan raksasa berbentuk payung, kendi, bulan sabit dan struktur lain yang didakwa sebagai simbol agama-agama sejagat.
Miliki pelbagai bakat
Ketika melangkah melalui serpihan binaan yang rosak itu, di tengah-tengah hujan gerimis, Lee berkata adalah menyedihkan apabila melihat senibina yang cantik itu dirosakkan.
"Apa yang akan terjadi kepada struktur ini? Saya melihat sendiri mereka membina struktur ini. Mereka tinggal di sini, rajin bekerja dan memiliki pelbagai bakat. Penghuni wanitanya juga mendapat sumber pendapatan, dengan menjual gula merah dan hasil-hasil yang lain," katanya.
Lee menganggarkan hiasan tengah struktur di sini bernilai sekurang-kurangnya RM2 juta, ditambah pula dengan rekabentuk yang unik dan bahan-bahan berkualiti yang digunakan.
"Mungkin pihak kerajaan patut membaiki bangunan tersebut, bersihkan semula kawasan berkenaan, dan membukanya kepada orang awam sebagai taman rekreasi.
Bagaimanapun, tidak semua orang yang sependapat dengannya mengenai pengikut Ayah Pin (foto), yang didakwa oleh pihak berkuasa di Terengganu sebagai pengamal ajaran sesat yang serius yang mengancam ketenteraman awam dan ajaran agama Islam, sepertimana dalam fatwa yang dikeluarkan pada tahun 1997.
Tidak sampai satu kilometer dari situ, seorang peniaga durian di persimpangan jalan utama ke kawasan air terjun di situ, yang dikenali sebagai Pak Uda berkata, Ayah Pin dan pengikutnya telah memalukan penduduk kawasan tersebut.
"Kadang-kadang, dia berhenti minum di sini dengan beberapa orang pengikutnya. Saya melayan mereka tetapi mengelak bercakap dengan mereka. Saya telah mengenalinya sejak bertahun-tahun dahulu, tetapi pihak berkuasa tidak memperdulikan kehadiran mereka.
"Pendudk yang mengenalinya, kebiasaannya akan menjauhkan diri daripada mereka," katanya ketika ditemui di gerai buah-buahannya.
Kisah pelik
Di Pekan Jertih kira-kira 15 minit perjalanan dari Kampung Batu 13 beberapa pemilik kedai dan penduduk tempatan, memberi reaksi berbeza mengenai isu Ayah Pin.
"Tidak banyak yang dilakukan oleh kerajaan PAS sebelum ini untuk menghapuskan kumpulan tersebut. Lihatlan kini mereka bertambah ramai. Saya dengar, sesetengah pengikutnya datang sejauh Perak dan Johor," kata seorang pemilik kafe siber di situ.
Manakala seorang remaja yang dikenali sebagai Khairul yang mengendalikan sebuah gerai makanan bersama rakannya pada waktu malam, berkata dia ada terdengar mengenai Ayah Pin, tetapi tidak pernah ke perkampungan berkenaan.
"Saya pernah mendengar mengenai cerita-cerita pelik mengenainya, selepas boleh menjadi halimunan dan wujud bunyi-bunyi aneh pada waktu malam, tetapi saya tidak sahu jika semuanya benar kerana saya sendiripun, tidak pernah ke perkampungan berkenaan," katanya.
Rakannya Shamsul pula berkata, dia pernah ke perkampungan tersebut selepas mendengar pelbagai kisah pelik yang diceritakan oleh penduduk kampung tetapi ketika berada di sana, dia tidak mengalami sebarang kejadian aneh, kecuali binaan-binaan raksasa tersebut.
Seorang pekerja wanita sebuah motel di Jerteh pula berkata, ada orang yang memberitahunya, ketika pihak berkuasa membuat serbuan minggu lalu, yang Ayah Pin melarikan diri melalui sebuah terowong dari perkampungan tersebut menuju ke sebuah kawasan hutan.
"Oerang ini begitu yakin terdapatkan terowong kha syang dibina untuk memudahkan Ayah Pin melarikan diri," katanya yang enggan namanya disiarkan.
"Malah, kini ada pihak yang berjenaka yang beliau telah naik ke dalam awan menuju ke Kerajaan Langit. Saya rasa ada pihak yang mempercayainya," katanya lagi.
Implikasi politik
Manakala ramai yang mengikuti perkembangan isu Ayah Pin melalui akhbar dan televisyen, terdapat juga sesetengah pihak yang mempersoalkan mengenai implikasi politik dalam isu tersebut.
"Mengapa baru sekarang pihak berkuasa mahu mengambil tindakan terhadap Ayah Pin dan pengikutnya? Sudah menjadi pengetahuan umum yang pemimpin-pemimpin Umno turut merayu undi di perkampungan tersebut sewaktu pilihanraya umum 2004.
"Maka tidak hairanlah Barisan Nasional menang di kawasan ini. Kami tahu yang Ayah Pin dan pengikutnya mengundi mereka," kata seorang pemandu teksi di terminal baru bas di Jerteh.
Sekumpulan orang yang sedang bersarapan di restoran berhampiran, ketika ditemui, beranggapan yang serbuan pihak berkuasa itu merupakan satu sebuah sendiwara politik kerajaan.
Malah, antara kalangan mereka yang secara terus terang berkata, kemungkinan besar serangan ke atas perkampungan Ayah Pin Isnin lalu diterajui oleh ahli-ahli politik tempatan yang cuba 'memadamkan arang di muka' kerana wujudnya kumpulan ajaran sesat di kawasan pilihanraya mereka.
"Kita tidak tahu apa sebenar yang berlaku di sini sekarang kerana pihak berkuasa sebelum ini telah menangkap pengikut Ayah Pin tetapi membebaskan mereka kerana kekurangan bukti untuk didakwa.
"Bagaimana pula, secara tiba-tiba sahaja, ada pula kumpulan yang mendakwa sebagai penduduk tempatan, yang menyerang perkampungan itu dan diekori pula dengan serbuah Jabatan Agama Islam?," tambahnya.
Manakala penduduk tempatan yang lega dengan tindakan pihak berkuasa terhadap Ayah Pin, juga mengakui bahawa banyak lagi perkara yang berlaku di situ, yang tidak diketahui awam.


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.